Friday 30 December 2011

Tahun 2012 Yang Bakal Menjelma


Semoga dengan kehadiran tahun baharu 2012 bakal menguatkan azam serta semangat warga PERSAGA dalam menegakkan kemuliaan Allah dan syiar-Nya di muka bumi Seksyen 2A ini. Harapan juga disemai agar penduduk-penduduk di Seksyen 2A ini semakin mengukuhkan perpaduan dan menyisihkan persengketaan.

Tuesday 13 December 2011

Si Nyanyok Din

Tuan/Puan sinyanyok din
Kalau lah tulisan tuan / puan sinyanyok din di tujukan pada saya (ikut ejaan bukan saya) tetapi tak apa lah. untuk   makluman tuan / puan sinyanyok din selama saya tinggal di Antara Gapi saya tak pernah expose diri saya pada penduduk dan di ruangan ini pun saya tak gemar nak memperkenalkan diri saya kerana saya berfikiran tak sesuai untuk saya berbuat demikian, Komen dari Tuan / puan sinyanyok din tidak pun memberi kesan apa apa pada saya walaupun sedetik malah saya berangapan Tuan / puan sinyanyok din ada lah Wali Allah di bumi ini yang igin tahu oleh itu saya secara personally menjemput Tuan /puan sinyanyok din kerumah saya (kalau dah berkeluarga bawa sekali keluarga) untuk memberi penjelasan dan berkenalan dengan saya dan keluarga saya sambil minum kopi Bali

Sistem Kawalan Keselamatan Berbayar






Pada 12 Disember 2011 lepas, pihak PERSAGA telah mengadakan satu perjumpaan tergempar bersama penduduk Jalan Gapi 2A, Seksyen 2 bagi membincangkan isu-isu keselamatan setempat. Ini berikutan daripada kejadian jenayah pecah masuk rumah yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan yang terbaru adalah pada 8 Disember 2011 di mana salah sebuah rumah penduduk sini telah pun dipecah masuk. Anggaran kerugian yang ditanggung adalah sebanyak RM21,000 dan perkara ini tidak lagi boleh ditolak ansur atau dipandang remeh.


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Din bin Che Lah itu membincangkan kaedah bagaimana untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa di Jalan Gapi 2A, Seksyen 2 ini. Turut hadir di dalam mesyuarat tergempar tersebut ialah En. Ab. Rahim Ab. Aziz (Naib Pengerusi PERSAGA), En. Zaril Faizal Zaral Gaffar (Penolong Setiausaha), En. Abd. Rauf bin Abu (Bendahari), En. Mohd. Yunus bin Mohd. Isa (Ketua Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik).

Konvoi Ke Tanjung Karang






Satu pengalaman yang sangat menarik boleh saya katakan mengikuti rombongan pernihakan anak lelaki kepada Pengerusi PERSAGA iaitu En. Din bin Che Lah di Tanjung Karang, Selangor pada 10 Disember lepas. Kemeriahannya telah bermula sejak berkumpulnya rombongan di Restoran D'Gapi Corner sehinggalah majlis disempurnakan dengan upacara akad nikah.

Rombongan tersebut disertai oleh En. Zainal Muningin sekeluarga, En. Mohd. Nasuha Biran dan isteri, En. Mazlan Samah, En. Ab. Rahim Ab. Aziz dan isteri, En. Mohyiddin Mohamad dan keluarga, Pn. Saadiah Uyub, En. Zaril Faizal Zaral Gaffar dan keluarga daripada pihak PERSAGA selain daripada En. Din Che Lah sekeluarga. Tuan rumah dengan murah hatinya telah menjamu ahli-ahli rombongan dengan sarapan pagi di Restoran D'Gapi Corner sementara menunggu kesemua yang mengikuti konvoi ini tiba.

Dari kiri: En. Zainal, En. Mazlan dan En. Din.

Thursday 8 December 2011

Daftar Pertubuhan Secara On-line Mulai Januari 2012



Bermula Januari depan, pendaftaran pertubuhan boleh dibuat secara online, kelulusan permohonan diketahui dalam masa seminggu berbanding 60 hari ketika ini dan borang laporan tahunan pertubuhan boleh dimuat turun daripada laman web Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ini adalah antara beberapa perubahan yang diperkenalkan JPPM melalui program transformasi jabatan itu bagi meningkatkan kualiti penyampaiannya. Mengumumkannya di sini, semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata projek perintis tatacara baru ini akan dilaksanakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan, sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Thursday 24 November 2011

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011






24 September 2011 - Pada tarikh tersebut telah diadakan satu majlis iaitu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011 anjuran PERSAGA. Program yang telah dihadiri hampir 550 orang tetamu yang rata-ratanya dari kawasan Seksyen 2A ini boleh dikatakan satu penganjuran yang terbaik oleh PERSAGA dan paling mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Syabas dan tahniah kepada semua warga PERSAGA kerana telah menjayakan satu program yang mampu menyatukan penduduk-penduduk di kawasan Seksyen 2A tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Wednesday 23 November 2011

Jawatankuasa Bertindak Mewartakan Tapak Masjid Antara Gapi


Untuk makluman semua penduduk Antara Gapi seluruhnya, pada 20 November 2011 yang lalu jam 9.00 malam telah diadakan satu mesyuarat bagi menubuhkan dan melantik satu jawatankuasa bagi dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan pewartaan tapak tanah bagi pembinaan masjid di kawasan perumahan Antara Gapi ini. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Surau Al-Muttaqin yang terletak di Seksyen 1 Antara Gapi.

Ziarah "Orang Baru" di Seksyen 2A






2 Oktober 2011 - Pada tarikh tersebut satu program telah dijalankan oleh pihak PERSAGA di bawah Biro Helwani yang baharu ditubuhkan. Program tersebut merupakan satu aktiviti kemasyarakatan yang julung kalinya dilaksanakan oleh PERSAGA terhadap penduduk Seksyen 2A Antara Gapi.  Program murni seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Monday 21 November 2011

The Eldest and Disable - Pushed and Slapped



Something is not very right just occurred at Seksyen 2A, Antara Gapi, Serendah. As a loyal citizen of Malaysia, we were embedded with kindness and humility since the ever beginning of our life. In our school day, we are taught and educated to respect the constitution by pledging our self to "Rukun Negara":

Kepercayaan Kepada Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang,
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

"Kesopanan dan Kesusilaan" meaning courteous and ethic in English manner. But what could possibly "courteous and ethic" can meant to our heart. At Seksyen 2A Antara Gapi these terms never applied at all. The best method is to PUSH AND SLAP!

Friday 18 November 2011

HADITH 1: BERBICARA DENGAN BAIK DENGAN WAJAH BERSERI

Dari Abi Dzar r.r., berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri (Shahih Muslim Hadith No.: 6637)

Perawi Hadith:
Abu Dzar r.a. adalah termasuk di kalangan para sahabat yang zuhud dan dari kalangan muhajirin, memeluk Islam sejak daripada awal dan kisah-kisah hidupnya banyak sekali. Beliau meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah di masa Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a.

Thursday 17 November 2011

Kenapa Mesti Dengan Kekerasan?



Pada malam 16 November 2011 telah berlaku satu kejadian di Seksyen 2A Antara Gapi yang tidak sepatutnya berlaku di atas dasar pemikiran dewasa kita yang waras. Tidak perlulah dinyatakan apakah yang berlaku dan di mana kerana pihak pentadbir blog PERSAGA yakin ramai di antara penduduk Seksyen 2A Antara Gapi ini yang telah mendapat berita tersebut.

Thursday 10 November 2011

Takbir Malam Hari Raya Korban






Pada 5 November 2011 yang lalu bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1423 Hijrah, satu majlis takbir dari rumah ke rumah di kejiranan Seksyen 2A Antara Gapi telah pun berlangsung. Majlis tersebut adalah anjuran PERSAGA yang diketuai oleh Biro Hal-Ehwal Kerohanian dan Insaniah, En. Mazlan bin Samah bertujuan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan penduduk setempat.

Friday 4 November 2011

Wajah Baru Blog PERSAGA



Assalamualaikum w.b.h dan Salam 1 Malaysia kepada semua warga Antara Gapi, Serendah. Terlebih sahulu saya bagi pihak pentadbiran blog PERSAGA memohon ampun dan maaf di atas kesulitan yang timbul berikutan laman blog yang dimiliki oleh Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi ini telah terhenti operasinya pada 27 Ogos 2011 yang lalu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Saturday 27 August 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Pihak PERSAGA mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua penduduk Perumahan Antara Gapi dan Warga Seksyen 2A khususnya, maaf zahir dan batin.

Sunday 31 July 2011







Santapan Minda Episod 2 disampaikan oleh Pn. Azmah binti Mohamad.

Friday 29 July 2011

Sumbangan Bersempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak



Surat daripada Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin, Seksyen 1 Antara Gapi adalah berkaitan. Bersempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma pada 1 Ogos 2011 (Dijangkakan), Surau Al-Muttaqin telah mengedarkan satu surat memohon sumbangan ikhlas untuk program yang akan dijalankan di sepanjang bulan tersebut.

Pemakluman

Assalamualaikum w.b.h. dan Salam Sejahtera.

Sidang penonton sekelian, siaran "MARI BELAJAR TAJWID" dan "SANTAPAN MINDA" bagi minggu lepas telah diubah slotnya berikutan pihak PERSAGA hendak menyiarkan episod kedua bagi kedua-dua slot tersebut. Kepada para penonton yang masih ingin mengikuti episod 1 program-program tersebut bolehlah menontonnya di laman "TV Persaga" yang terletak pada "menu bar" atau di bahagian paling bawah laman blog ini di ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA. Harap maklum.

Biro Perhubungan Awam dan Penerbitan,
PERSAGA.

Thursday 28 July 2011

Majlis Penutupan Kursus Sembelihan dan Masakan Halal






24 Jul 2011 - Pada tarikh ini, PERSAGA sekali lagi telah menempa sejarah lagi dengan mengelolakan satu kursus yang diberinama Kursus Sembelihan dan Masakan Halal. Kursus ini sebenarnya usahasama di antara Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Hulu Selangor dengan PERSAGA yang telah dijalankan selama dua hari iaitu 23 hingga 24 Julai 2011.

Sunday 24 July 2011

Mari Belajar Tajwid Episod 1








Assalamualaikum w.b.h. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah berkat daripada usaha gigih yang berterusan, pihak PERSAGA telah berjaya menyiarkan satu lagi slot perkongsian ilmu untuk tontonan semua warga Seksyen 2A Antara Gapi khususnya dan sidang penonton umumnya. Saksikan slot MARI BELAJAR TAJWID Episod 1 yang disampaikan oleh Pn. Azmah binti Mohamad.

MARI BELAJAR TAJWID Episod 1
(Huruf Hijaiyah)



Kepada sidang penonton, anda boleh membuat sebarang komen, cadangan dan sebarang perihal bagi membantu pihak penerbitan PERSAGA untuk melakukan penambahbaikkan dengan mengklik pada perkataan "comments". Bersama-sama kita bangunkan persatuan kita kita demi masa depan yang terjamin bagi generasi akan datang.

Friday 22 July 2011

Santapan Minda Episod 1








Assalamualaikum w.b.h. dan salam sejahtera kepada sidang penonton sekalian. Mulai 22 Julai 2011, pihak PERSAGA akan menyiarkan slot SANTAPAN MINDA yang akan ditayangkan selama seminggu untuk setiap topik yang disampaikan. Untuk siri yang pertama ini, topik yang dikupas adalah mengenai perpaduan yang disampaikan oleh En. Mazlan bin Samah, Ketua Biro Hal-Ehwal Kerohanian dan Insaniah. Kepada warga Seksyen 2A, pihak PERSAGA mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan yang membina untuk penambahbaikkan perkhidmatan kami. InsyaAllah pada sedikit masa lagi, pihak PERSAGA berhasrat untuk menyiarkan satu slot baharu yang diberinama "MARI BELAJAR TAJWID". Nantikan siarannya.

SANTAPAN MINDA EPISOD 1 - "PERPADUAN"



Kepada sidang penonton, anda boleh membuat sebarang komen, cadangan dan sebarang perihal bagi membantu pihak penerbitan PERSAGA untuk melakukan penambahbaikkan dengan mengklik pada perkataan "comments". Bersama-sama kita bangunkan persatuan kita kita demi masa depan yang terjamin bagi generasi akan datang.

Sunday 17 July 2011

Gotong Royong Perdana Anjuran PERSAGA

Pada 16 Julai 2011 yang lepas, satu lembaran bersejarah telah tercipta bagi PERSAGA atau Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi di dalam usianya yang masih lagi hijau. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada PERSAGA yang telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana julung kali dengan jayanya.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Mohd. Isa bin Abu Kasim (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali). Turut hadir pada program itu adalah Ketua Cawangan UMNO Antara Gapi, En. Daud bin Ismail dan wakil daripada Persatuan Penduduk Antara Gapi.

Friday 1 July 2011

Mesyuarat Jawatankuasa PERSAGA Bil 3/2011








PENGUMUMAN

Satu mesyuarat jawatankuasa akan diadakan mengikut butiran berikut:

Tarikh: 6 Julai 2011
Masa: 9 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Jualan Hartanah PKNS (Lama)
Jemputan Khas:
  1. Detektif Raja Lop b. Ahmad (Caw. Khas IPPD Hulu Selangor)
  2. En. Mohd. Azam bin Shaari (Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Selangor)
Semua Ahli Jawatankuasa PERSAGA adalah dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.

Din bin Che Lah
Pengerusi PERSAGA

Gotong-Royong Perdana









Untuk makluman semua warga Seksyen 2A Antara Gapi, Serendah, satu program kemasyarakatan anjuran Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi (PERSAGA) akan diadakan mengikut butiran berikut:

Tarikh  :  16 Julai 2011
Masa : 7.00 pg - 1.00 tgh
Tempat : Jalan Gapi 2A, Seksyen 2A Antara Gapi

Tuesday 28 June 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Helwani









Pada 23 Jun 2011 yang lalu, satu mesyuarat Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Helwani, PERSAGA telah diadakan di rumah En. Mohd. Ismail bin Sumadi. Mesyuarat yang telah berlangsung bermulanya jam 9.30 malam itu antara lain membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dikendalikan oleh Biro ini. 

Sunday 19 June 2011

Majlis Tahlil dan Marhaban








Pada 19 Jun 2011, satu majlis bacaan Surah Yaasin dan tahlil telah berlangsung di rumah En. Zuren bersempena rasa bersyukur beliau kerana dianugerahkan kesihatan yang semakin baik setelah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya tidak lama dahulu. Seiring dengan majlis itu juga telah dilangsungkan Marhaban bersempena menyambut cahaya mata yang tersayang.


Hadirin yang hadir ke majlis tersebut tidak kurang juga ramainya yang terdiri daripada saudara mara tuan rumah, sahabat handai dan jiran tetangga. Beginilah amalan yang telah diamalkan di kawasan perumahan Seksyen 2A sejak sekian lama. Diharapkan perkara yang sangat mulia ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

Mesyuarat Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik








Pada 18 Jun 2011 jam 9.30 malam telah diadakan satu mesyuarat Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik bertempat di No. 5 Jalan Gapi 2A/11. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Mohd. Yunus bin Isa merangkap sebagai Ketua Biro.

Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat