Friday 29 July 2011

Sumbangan Bersempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak



Surat daripada Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin, Seksyen 1 Antara Gapi adalah berkaitan. Bersempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma pada 1 Ogos 2011 (Dijangkakan), Surau Al-Muttaqin telah mengedarkan satu surat memohon sumbangan ikhlas untuk program yang akan dijalankan di sepanjang bulan tersebut.
Surat permohonan tersebut adalah seperti di bawah:

Sila 'klik' pada gambar surat ini untuk resolusi yang lebih besar (600x800)

Marilah semua warga Seksyen 2A dan PERSAGA bersama-sama menyumbang bagi memeriahkan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah ini. Sumbanglah seikhlas hati dan bukannya dengan niat yang tidak mendapat pahala. Semoga sumbangan tuan-tuan dan puan-puan semua akan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah s.w.t. Amin. - PERSAGA

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat