Sunday 19 June 2011

Majlis Tahlil dan Marhaban








Pada 19 Jun 2011, satu majlis bacaan Surah Yaasin dan tahlil telah berlangsung di rumah En. Zuren bersempena rasa bersyukur beliau kerana dianugerahkan kesihatan yang semakin baik setelah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya tidak lama dahulu. Seiring dengan majlis itu juga telah dilangsungkan Marhaban bersempena menyambut cahaya mata yang tersayang.


Hadirin yang hadir ke majlis tersebut tidak kurang juga ramainya yang terdiri daripada saudara mara tuan rumah, sahabat handai dan jiran tetangga. Beginilah amalan yang telah diamalkan di kawasan perumahan Seksyen 2A sejak sekian lama. Diharapkan perkara yang sangat mulia ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.


Lagi tetamu yang hadir menunggu untuk majlis bacaan Yaasin dan tahlil.


Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi PERSAGA iaitu Tn. Hj. Din bin Che Lah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din, Naib Pengerusi, En. Ab. Rahim Ab. Aziz, Setiausaha, Tn. Hj. Mohd. Nasuha Biran, Penolong Setiausaha, En. Zaril Faizal bin Zaral Gaffar, Ketua-ketua Biro dan sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa.
  
Kambing panggang antara juadah yang disediakan oleh tuan rumah.

Tuan rumah telah menyediakan juadah kambing panggang sebagai menu utama untuk dinikmati oleh para tetamu. Semoga Allah murahkan rezeki En. Zuren sekeluarga dunia dan akhirat.

Para tetamu yang hadir bersiap sedia untuk memulakan bacaan Yaasin.

Tuan rumah sedang memberitahu sesuatu kepada En. Zainal Abidin sebelum memulakan bacaan Yaasin.

En. Zainal Abidin memimpin bacaan Yaasin dan tahlil dengan diiringi oleh En. Mazlan Samah.


Setelah selesai majlis Marhaban tetamu yang pada mulanya menunggu diluar tatkala majlis tersebut berlangsung mula masuk ke dalam rumah untuk memulakan bacaan Yaasin dan tahlil. Bacaan Yaasin pada kali ini diketuai oleh En. Zainal Abidin yang juga salah seorang imam di surau Antara Gapi. Sekalung penghargaan dirakamkan buat En. Mazlan Samah yang juga selaku Ketua Biro Hal-Ehwal Kerohanian dan Insaniah yang telah menguruskan jemputan daripada pihak surau.

Tetamu sedang beratur untuk mengambil juadah.

Tetamu sedang menghayati juadah dengan penuh khusyuk.

Setelah bacaan Yaasin dan tahli disempurnakan oleh En. Zainal Abidin, para tetamu telah dijemput oleh tuan rumah untuk menjamu hidangan yang telah disediakan. Syukur Alhamdulillah kesemua jemputan amat berpuas hati dengan layanan dan jamuan daripada pihak tuan rumah. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjang usia buat tuan rumah, En. Zuren. Amin.

Disediakan Oleh:
Zaril Faizal bin Zaral Gaffar
Penolong Setiausaha PERSAGA
19 Jun 2011

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat