Friday 13 January 2012

Sembelihan Korban Bersempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1432 H






Bersempena meraikan Hari Raya Aidil Adha 1432 H, pihak Persaga telah mengadakan satu program sembelihan bagi ibadah korban pada 7 November 2011 yang lalu. Majlis yang telah dilaksanakan itu bertempat di tanah lapang yang kini merupakan Dataran Persaga. Sejak jam 8.00 pagi lagi ahli-ahli Persaga dan beberapa orang penduduk Jalan 2A Antara Gapi mula membajiri Dataran Persaga bagi bersama-sama menunaikan ibadah korban tersebut.

Si "Jang" yang akan bertemu dengan pencipta-Nya sebentar lagi.


Pak Din dan En. Mohyiddin sibuk menguruskan tapak penyembelihan.

Apa yang dilihatnya tu Pak Din dan Mazlan?

Antara tetamu yang turut hadir bersama adalah Tuan Hj. Mohamad dari Jalan 2C yang merupakan "sifu" dalam bidang sembelihan lembu ini kerana rata-ratanya ahli Persaga dan penduduk inilah pengalaman pertama melakukannya.

Hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

Ternyata untuk menumbangkan seekor lembu tambahan pula yang agak agresif memang memerlukan koordinasi kerja yang baik supaya ianya tidak terlepas mahupun membahayakan orang disekelilingnya. 

En. Zainal bersiap siaga untuk "menumbangkan" Si "Jang".

En. Zainal Muningin telah memikul tanggungjawab untuk memulakan kerja-kerja "menumbangkan" si "Jang" kita ini. Langkah pertama adalah untuk menjerut kaki belakang lembut supaya ianya boleh dijatuhkan apabila kita menari tali yang telah terikat di kakinya. Walaupun bunyi mudah tetapi hampir setengah jam dengan ketelitian dan kemahiran En. Zainal Muningin barulah dapat dijerutkan salah satu kaki belakang lembu tersebut.

Tarik! Tarik! Tarik!

Tu dia!! Dapat dah!!

Perkara yang paling penting apabila kaki belakang lembu itu telah terikat adalah setiap orang yang ditugaskan untuk menarik tali tersebut mestilah dilakukan dengan pantas dan kuat kerana pada ketika ini lembu itu akan bertindak dengan sangat agresif. Jika tersalah langkah berkemungkinan lembu tersebut akan terlepas. Alhamdulillah, dengan berkat ketekunan dan kesabaran semua orang yang terlibat, si "Jang" akhirnya dapat ditumbangkan dan disembelih demi kerana Allah S.W.T. bagi menunaikan ibadah korban pada tahun 1432H ini.

Tumbang juga akhirnya si "Jang".

Mempersiapkan si "Jang" untuk sembelihan.

Bersatu kita teguh becerai kita "BODOH".

Buat apa dengan tali tu En. Zaril??

"Klik" veteran Antara Gapi.

Setelah selesai penyembelihan, kerja-kerja melapah kulitnya mula dilakukan dan bahagian-bahagian badannya mula diceraikan satu persatu. Kerja-kerja menyiang daging lembu tersebut telah dilakukan di bawah khemah di hadapan rumah En. Nor Azli malangnya kenangan tersebut tidak dapat dirakamkan oleh kerana jurufoto yang bertanggungjawab tidak dapat hadir atas urusan yang lebih penting.

Semua kerja menyiang, melapah dan menimbang daging korban tersebut selesai pada jam 12.30 petang dan En. Nor Azli dengan berbesar hatinya telah mengadakan satu majlis kesyukuran di atas kerjasama semua yang terlibat di dalam ibadah penyembelihan korban itu. Sesungguhnya amalan sebeginilah yang patut dicontohi oleh mana-mana pihak demi perpaduan dan keharmonian masyarakat setempat. Malangnya di Seksyen 2A ini masih lagi terdapat golongan-golongan yang jumud dan sempit fikirannya tidak mahukan perubahan yang baik. Mereka rela hidup bersandarkan kemunafikan dan bernafas dengan dendam yang membara, fikir-fikirkanlah...

Lidah Pengarang Persaga
13 Januari 2012

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat