Wednesday 25 January 2012

Perasmian Ibu Pejabat Rasmi Persaga







Sukacita dimaklumkan, pihak Persaga akan mengadakan satu majlis perasmian Ibu Pejabat Rasmi Persaga mengikut butiran berikut:

Tarikh: 29 Januari 2012
Tempat: Dataran Persaga
Masa: 8.30 pagi


YB Mohd. Isa bin Abu Kasim telah berkenan untuk merasmikan majlis tersebut. Lanjutan daripada itu, beliau akan bersarapan bersama-sama dengan warga Persaga bagi memeriahkan lagi majlis. Semua warga Persaga dan penduduk Seksyen 2A dijemput hadir, datanglah beramai-ramai!

Wednesday 18 January 2012

Sistem Rondaan Keselamatan Persaga







Untuk makluman semua penduduk Seksyen 2A Antara Gapi, pihak Persaga telah pun menubuhkan dan melaksanakan satu sistem rondaan keselamatan berbayar di sebelah siang hari. Personel yang telah dilantik serta dibayar mengikut bulanan adalah En. Mohd. Yusdin bin Mohd. Yunus. Beliau telah memulakan tugasnya yang berkuatkuasa 13 Januari 2012 lalu.

Monday 16 January 2012

UMNO dan PAS







Kata orang....





Kalau undi UMNO jaminannya NERAKA JAHANNAM dan kalau undi PAS jaminannya SYURGA. Adakah dalil daripada sumber-sumber Al-Quran dan Hadith Sahih yang menyokong kenyataan itu? Bukankah lebih baik begini...

Tanda-tanda Kejayaan Orang Melayu Berdasarkan Kepada Orang Melayu







Tahukah anda bahawa kejayaan seseorang Melayu atau sesebuah organisasi yang berasaskan keMelayuan sebenarnya amat mudah untuk diukur. Percaya atau tidak kayu aras pengukurnya tidak langsung memerlukan sebarang kos, hanya dengan pemerhatian dan melihat respon masyarakat sekeliling yang berbangsa Melayu. Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan atau sesebuah organisasi itu telah mencapai atau sedang menuju kejayaan berdasarkan kepada EMPAT petunjuk berikut:

Friday 13 January 2012

Sembelihan Korban Bersempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1432 H






Bersempena meraikan Hari Raya Aidil Adha 1432 H, pihak Persaga telah mengadakan satu program sembelihan bagi ibadah korban pada 7 November 2011 yang lalu. Majlis yang telah dilaksanakan itu bertempat di tanah lapang yang kini merupakan Dataran Persaga. Sejak jam 8.00 pagi lagi ahli-ahli Persaga dan beberapa orang penduduk Jalan 2A Antara Gapi mula membajiri Dataran Persaga bagi bersama-sama menunaikan ibadah korban tersebut.

Si "Jang" yang akan bertemu dengan pencipta-Nya sebentar lagi.

Tuesday 10 January 2012

Ruangan "Lensa Persaga" dilancarkan.







Mulai daripada 10 Januari 2012, satu slot baharu telah diwujudkan di dalam blog PERSAGA. Ruangan ini akan memaparkan gambarfoto-gambarfoto panorama keindahan di sekitar perumahan Antara Gapi. Hayatilah kebesaran Allah S.W.T.

Tiang-tiang membisu mendamaikan seteru.

Pagi yang indah menghamparkan harapan baharu.

Sang suria mengintai dicelah-celah rimbunan pepohon.

Bunga-bungaan mewangi di taman indah Antara Gapi.

Pihak PERSAGA mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan gambarfoto-gambarfoto kepada laman blog ini di ruangan Lensa Persaga dengan menghubungi pihak kami untuk terma dan syarat. Terima kasih.

Dataran PERSAGA






Tahun baharu 2012 terus menjadi landasan yang gemilang bagi PERSAGA yang semakin melebarkan sayapnya. Pada 8 Ogos 2012 yang lepas, pihak PERSAGA telah mengadakan satu gotong-royong membersih dan menambak kawasan kabin baharu yang akan menjadi pusat aktiviti komuniti setempat Jalan 2A. Kabin yang baharu dibeli dengan harga RM3450 pada awal Disember 2011 yang lalu adalah hasil sumbangan sebanyak RM2000 oleh YB Datuk Mohd. Isa bin Abu Kassim dan sebahagiannya lagi disumbangkan oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim melalui En. Nor Azli yang juga salah seorang daripada ahli PERSAGA yang sangat aktif.

Kerja-kerja menambak dimulakan.

Aktiviti dimulakan dengan meratakan tanah oleh jengkaut ihsan daripada En. Nor Azli di sekeliling kawasan kabin terebut. Kemudiannya tanah di dataran kabin di tambak dengan batu-batu kerikil bagi mengelakkan tanah-tanih menjadi kotor disebabkan oleh air hujan.


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat