Tuesday 28 June 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Helwani









Pada 23 Jun 2011 yang lalu, satu mesyuarat Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Helwani, PERSAGA telah diadakan di rumah En. Mohd. Ismail bin Sumadi. Mesyuarat yang telah berlangsung bermulanya jam 9.30 malam itu antara lain membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dikendalikan oleh Biro ini. 


Agenda utama mesyuarat tersebut adalah membincangkan program Gotong-Royong Perdana yang akan diadakan pada 16 Julai 2011 nanti. Perbincangan tertumpu kepada urusan surat-surat jemputan, pengagihan tugas secara umum, tentatif program dan anggaran kos yang terlibat. Mesyuarat juga telah melantik En. Mohyiddin (gambarfoto di bawah) sebagai Setiausaha Biro.


Mesyuarat juga telah sebulat suara untuk melantik En. Zaril Faizal bin Zaral Gaffar sebagai pengacara majlis yang akan diadakan itu nanti. Pihak PERSAGA amat berbsear hati kerana perkhabaran yang tidak rasmi mengatakan program yang dijangkakan berlangsung pada 16 Julai 2011 itu nanti akan dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Mohd. Isa bin Abu Kasim, ADUN Batang Kali.

En. Mohd. Ismail Sumadi selaku tuan rumah mesyuarat dan juga selaku Ketua Biro Kebajikan dan Helwani telah menyediakan juadah untuk ahli-ahli mesyuarat. Tahniah kepada Biro Kebajikan dan Helwani yang telah berjaya mengadakan mesyuarat pertamanya.

Disediakan oleh:
Zaril Faizal bin Zaral Gaffar
Penolong Setiausaha PERSAGA
28 Jun 2011

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat