KEAHLIAN






(1) Syarat-syarat dan kelayakan untuk menjadi ahli PERSAGA adalah seperti berikut:
  1. Terbuka kepada semua penduduk Seksyen 2A, Antara Gapi termasuk mereka yang menyewa tidak mengiran bangsa atau agama atau fahaman politik.
  2. Salah seorang Ketua keluarg Suami atau isteri atau anak yang berumur 18 tahun ke atas lelaki atau perempuan (tertakluk kepada Fasal 5(4) Undang-undang penubuhan).
  3. Tiada had jumlah keahlian yang ditetapkan.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap pemohon pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.
  • Bayaran masuk = RM5.00 (sekali seumur hidup)
  • Yuran bulanan = RM5.00 (dibayar setiap bulan selagi menjadi ahli yang sah)
(4) Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Disediakan oleh Jawatankuasa PERSAGA
22 November 2011

Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat