Thursday 24 November 2011

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011






24 September 2011 - Pada tarikh tersebut telah diadakan satu majlis iaitu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011 anjuran PERSAGA. Program yang telah dihadiri hampir 550 orang tetamu yang rata-ratanya dari kawasan Seksyen 2A ini boleh dikatakan satu penganjuran yang terbaik oleh PERSAGA dan paling mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Syabas dan tahniah kepada semua warga PERSAGA kerana telah menjayakan satu program yang mampu menyatukan penduduk-penduduk di kawasan Seksyen 2A tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.


Para jemputan mulai membanjiri tapak majlis seawal jam 8.00 malam untuk bersama-sama menjayakan program tersebut yang turut dihadiri oleh YB Mohd. Isa bin Abu Kasim (ADUN Batang Kali). YB Mohd. Isa bin Abu Kasim sememangnya seorang wakil rakyat untuk rakyat kerana sudah acapkali beliau hadir di mjalis-majlis besar anjuran PERSAGA.

En. Rauf sedang melayan tetamu yang hadir.

Para jemputan yang mula membanjiri tapak majlis.

En. Mohyiddin sedang memeriksa hidangan yang tersedia.

Sekalung tahniah buat Pengerusi PERSAGA, Tn. Hj. Din bin Che Lah yang telah berjaya mengemudi bahtera Jawatankuasa Kecil majlis bagi menjayakan program yang sebegini murni dan besar.

Tengah menungkan apa tu Pak Din?

Malam tersebut diserikan lagi dengan kehadiran para pengawal keselamatan yang senantiasa memelihara keamanan dan ketenteraman awam di kawasan Antara Gapi ini.

Barisan pengawal keselamatan yang tidak melepaskan peluang bersama-sama dalam menjayakan program tersebut.

En. Junaidi, En. Mahazir, En. Rahim dan En. Azlin.

Empat tonggak utama PERSAGA, (daripada kiri) En. Rauf, Hj. Nasuha, En. Rahim dan Hj. Din.

Majlis menjadi bertambah hangat apabila jemputan semakin ramai membanjiri tapak program apabila jam sudah menunjukkan hampir kepada jam 10.00 malam. Tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak memenuhi setiap ruang tempat duduk yang disediakan sambil menjamu selera. Inilah semangat dan suasana yang amat diharapkan dapat dikekalkan di masa-masa akan datang.

Kehadiran tetamu yang ramai membuktikan PERSAGA semakin diterima masyarakat setempat.

Lagi tetamu yang hadir.

Majlis pada malam itu juga disajikan dengan persembahan karaoke bagi kepada sesiapa yang berbakat besar dalam bidang seni suara. Bagi penulis, tidak salah untuk berhibur asalkan ianya tidak melampaui batas-batas aqidah Islam. Tidak usahlah kita terlalu taksub sangat sedangkan diri sendiri pun belum tentu terpelihara daripada melakukan dosa.

Bintang yang bakal menyinar sedikit masa lagi.

Di akhir program yang gilang-gemilang itu, Jawatankuasa PERSAGA sempat merakamkan gambar untuk kenang-kenangan.

Barisan Jawatankuasa PERSAGA (berdiri daripada kiri) En. Mohd. Yunus, En. Asmadi, En. Omar, En. Mahazir, En. Mazlan, Pn. Saadiah, Pn. Nor Rizah, (duduk daripada kiri) En. Rauf, En. Rahim, Hj. Din, Hj. Nasuha dan Pn. Norizan.

Barisan Jawatankuasa PERSAGA.


Syabas dan tahniah sekali lagi kepada PERSAGA dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah berjaya menganjurkan satu program kemasyarakatan yang sangat dituntut oleh dasar perpaduan negara. Sesungguhnya tanpa pengorbanan daripada semua pihak yang terlibat termasuk jemputan yang hadir, sesuatu majlis tersebut tidak akan berjaya dilaksanakan.


Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada En. Azli dan isteri, Pn. Norizan kerana telah banyak menyumbangkan tenaga dan wang dalam memastikan perjalanan majlis tidak terganggu. Untuk makluman pembaca, set kanopi untuk majlis tersebut telah disumbangkan oleh En. Azli dan lebih mengharukan lagi beliau telahpun berjaya mendapatkan sumbangan sebanyak RM5000 daripada Y. Bhg. Dato' Seri Utama Rais Yatim bagi meringankan beban penganjur. Pihak PERSAGA mendoakan agar beliau dan seisi keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi oleh Allah daripada segala bencana, Amin.

Bagi penulis, setiap perkara yang mulia dan baik pasti akan mendapat tentangan daripada golongan yang sentiasa menanam hasad dengki di dalam sanubarinya. Apalah salahnya jika pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan PERSAGA bekerjasama dalam memakmurkan Antara Gapi ini. Tetapi itulah manusia dan insan yang bergelar "MELAYU".

Lidah Pengarah Blog PERSAGA
24 Nov 2011

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat