Tuesday 13 December 2011

Sistem Kawalan Keselamatan Berbayar






Pada 12 Disember 2011 lepas, pihak PERSAGA telah mengadakan satu perjumpaan tergempar bersama penduduk Jalan Gapi 2A, Seksyen 2 bagi membincangkan isu-isu keselamatan setempat. Ini berikutan daripada kejadian jenayah pecah masuk rumah yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan yang terbaru adalah pada 8 Disember 2011 di mana salah sebuah rumah penduduk sini telah pun dipecah masuk. Anggaran kerugian yang ditanggung adalah sebanyak RM21,000 dan perkara ini tidak lagi boleh ditolak ansur atau dipandang remeh.


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Din bin Che Lah itu membincangkan kaedah bagaimana untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa di Jalan Gapi 2A, Seksyen 2 ini. Turut hadir di dalam mesyuarat tergempar tersebut ialah En. Ab. Rahim Ab. Aziz (Naib Pengerusi PERSAGA), En. Zaril Faizal Zaral Gaffar (Penolong Setiausaha), En. Abd. Rauf bin Abu (Bendahari), En. Mohd. Yunus bin Mohd. Isa (Ketua Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik).


Seramai 18 orang penduduk telahpun dapat menghadirkan diri di dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah sebulat suara memutuskan untuk mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Berbayar yang akan membuat rondaan dari rumah ke rumah yang menyertai skim yang akan diwujudkan ini. Rumusan daripada mesyuarat tersebut telahpun diedarkan kepada sebilangan penduduk yang komited terhadap membanteras jenayah di kawasan Jalan Gapi 2A berserta dengan borang permohonan untuk menyertai Sistem Kawalan Keselamatan Berbayar.


Kepada penduduk yang berminat untuk menyertai skim tersebut bolehlah mengisi borang yang telah diedarkan atau muaturun daripada pautan dibawah ini dengan disertakan bayaran RM30. Kutipan sebanyak RM30 akan dibuat pada 1,2 atau 3 haribulan berikutnya untuk membayar upah pengawal keselamatan tersebut. Bayaran tersebut hendaklah diserahkan kepada Ketua-ketua Lorong yang telah dilantik seperti berikut:

Jalan Gapi 2A (Utara) : En. Asmadi bin Harizan (No. 6)
Jalan Gapi 2A (Selatan) :  En. Ab. Rahim bin Ab. Aziz (No. 29)
Jalan Gapi 2A/7 : En. Abd. Rauf bin Abu (No. 13)
Jalan Gapi 2A/4 : En. Mazlan bin Samah (No. 7)
Jalan Gapi 2A/5 : En. Hamzah bin Hamdan (No. 19)
Jalan Gapi 2A/11 : En. Mohd. Yunus bin Mohd. Isa (No. 28)
Jalan Gapi 2A/8,9,10 : En. Syaiful Nizam bin Sabran (No. 2)

Sila "klik" pada pautan di bawah ini untuk muaturun:

Sebarang maklumat lanjut mengenai perlaksanaan sistem tersebut bolehlah menghubungi terus kepada Pengerusi PERSAGA iaitu En. Din bin Che Lah di talian 013-3450144. Ayuh warga Jalan 2A, Seksyen 2 Antara Gapi, bersama-sama kita sepakat dalam membanteras jenayah di kawasan kita! BERSATU SEPADU PERDU!

Lidah Pengarang Blog PERSAGA
13 Disember 2011

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat