PENGENALAN






Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi, Serendah, Selangor telah diluluskan penubuhannya pada 24 Februari 2011 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Jawatankuasa Kerja persatuan ini kemudiannya meluluskan penggunaan nama singkatan PERSAGA untuk semua urusan rasmi dan tidak rasmi.

PERSAGA adalah usaha gigih sekumpulan masyarakat Seksyen 2A Antara Gapi yang amat prihatin terhadap perpaduan di kalangan penduduknya. Pujian dan terima kasih pihak PERSAGA rakamkan untuk Jawatankuasa Penaja yang menjadi perintis kepada penubuhannya.

Pada 8 Mei 2011, telah diadakan satu Mesyuarat Agung PERSAGA yang pertama bagi melantik jawatankuasa yang akan menerajui dan memandu persatuan ini ke arah kecemerlangan, gemilang dan terbilang. Dengan pelantikan Tn. Hj. Din bin Che Lah selaku Pengerusi pertama bagi Penggal Pertama penubuhannya secara rasmi, PERSAGA dilihat telah berada di landasan yang tepat dalam menjulang martabat warga Seksyen 2A Antara Gapi.

LOGO PERSAGA


Penerangan logo

Nama PERSAGA
Nama timangan dan singkatan bagi Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi.


Huruf 'G2A'
Membawa maksud penduduk-penduduk Seksyen 2A Antara Gapi.


Hurud 'G' yang berupa sebatang pokok tropika
Huruf 'G' separuh ini melambangkan panorama Antara Gapi yang berkonsepkan tropika.


Anak panah berwarna merah
Membawa maksud persatuan ini sentiasa melihat kehadapan dalam usaha memartabatkan maruah bangsa, agama dan negara. Ianya juga adalah lambang kepada warga persatuan ini yang sentiasa meningkatkan kualiti kehidupannya melalui usaha-usaha yang berterusan. Warna merah pada anak panah ini membawa maksud warga persatuan ini mestilah mempunyai semangat juang yang utuh tanpa mengenal putus asa dan penat lelah dalam memperjuangkan hak-hak warga Seksyen 2A Antara Gapi.


Warna Hijau
Membawa maksud majoriti ahli persatuan ini adalah beragama Islam.


Dua Garis Berwarna Hijau
Islam adalah panduan yang terutama bagi persatuan ini menjalankan operasinya.

MOTO PERSAGA
    "Bersatu Sepadu Perdu"

    2 comments:

    1. "long live PERSAGA!" ;D

      ReplyDelete
    2. Khas untuk penduduk Antara Gapi saya dedikasikan video ini yang saya namakan RUMAH KITA ...untuk kalian di situ. Berdamailah sesama kita Melayu di bumi bertuah Antara Gapi.

      Terimalah RUMAH KITA....

      http://youtu.be/yYoZD5hkXGU

      ReplyDelete


    Search This Blog

    PANORAMA ANTARA GAPI

    Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

    KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

    Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

    Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

    Pos Yang Terhangat