Wednesday 23 November 2011

Jawatankuasa Bertindak Mewartakan Tapak Masjid Antara Gapi


Untuk makluman semua penduduk Antara Gapi seluruhnya, pada 20 November 2011 yang lalu jam 9.00 malam telah diadakan satu mesyuarat bagi menubuhkan dan melantik satu jawatankuasa bagi dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan pewartaan tapak tanah bagi pembinaan masjid di kawasan perumahan Antara Gapi ini. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Surau Al-Muttaqin yang terletak di Seksyen 1 Antara Gapi.

(Gambar hiasan)

Di dalam mesyuarat yang dihadiri wakil daripada PERSAGA, PERANTARA dan Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin, telah bersetuju secara sebulat suara untuk menubuhkan jawatankuasa "ad-hoc" mewartakan tapak masjid di Antara Gapi. PERSAGA telah diwakili oleh Pengerusinya, Tn. Hj. Din bin Che Lah, Naib Pengerusi, En. Ab. Rahim bin Ab. Aziz, Penolong Setiausaha, En. Zaril Faizal bin Zaral Gaffar dan Ketua Biro Hal-Ehwal Kerohanian dan Insaniah, En. Mazlan bin Samah. Satu Jawatankuasa bertindak telah dilantik dan berikut adalah senarainya:

Pengerusi: Tn. Hj. Azman bin Shaharuddin
Setiausaha: En. Zaril Faizal bin Zaral Gaffar
Ahli Jawatankuasa:
  • Wakil 2A: En. Shamsul Bahari bin Dahalan
  • Wakil 2C: Tn. Hj. Mohamad dan T. Bhg. Dato' Hj. Yusof bin Sabudin
  • Wakil 1A: En. Abd. Razak bin Ariffin
  • Wakil 1B: En. Muhamad Azhar bin Harun
  • Wakil 1C: En. Abd. Jalil bin Mohamad
  • Wakil 1D: En. Mohd. Saiful Omar
  • Wakil 1E: En. Mohd. Fazli
  • Wakil 5B: En. Rashidi
  • Wakil PERANTARA: En. Hassan bin Mat Said
  • Wakil Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin: Tn. Hj. Bakhtiar bin Mokhtar
Untuk makluman penduduk Antara Gapi, terdapat tiga jawatankuasa yang telah dicadangkan bagi mengendalikan tiga perkara yang berbeza iaitu Jawatankuasa Pewartaan Taman Firdausi, Jawatankuasa Penubuhan Sekolah Rendah Agama dan Jawatankuasa Mewartakan Tapak Masjid di Antara Gapi.

Jawatankuasa Pewartaan Taman Firdausi dan Jawatankuasa Penubuhan Sekolah Rendah Agama telahpun diwujudkan dan telah mempunyai jawatankuasanya sendiri. Kedua-dua jawatankuasa "ad-hoc" ini telahpun bergiat cergas bagi mempercepatkan proses. Manakala, Jawatankuasa Bertindak Mewartakan Tapak Masjid di Antara Gapi baharu sahaja diwujudkan dan mesyuarat pertamanya akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Tn. Hj. Burhanuddin bin Mohd. Berawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin surat-menyurat awal telahpun dihantar kepada pihak PKNS dalam usaha untuk memulakan tindakan untuk mendapatkan tapak tanah bagi pembinaan masjid di Antara Gapi ini. Perkara tersebut telah mendapat maklum oleh Tn. Hj. Azman dan En. Zaril Faizal telahpun memohon sesalinan surat-surat yang dihantar untuk tindakan dan simpanan jawatankuasa tersebut.

Akhir sekali, semoga usaha murni yang dilakukan oleh semua pihak tanpa mengira latarbelakang akademik, taraf, pangkat dan darjat, fahaman politik ini akan membawa kepada kemakmuran dan keharmonian di Antara Gapi ini. Kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang telah dibentuk, pihak PERSAGA mendoakan supaya segalanya berjalan dengan lancar di bawah restu Allah S.W.T. dan dijauhi daripada perkara-perkara yang merugikan kita semua.

Pentadbiran Blog PERSAGA
23 Nov 2011

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat