Thursday 17 November 2011

Kenapa Mesti Dengan Kekerasan?



Pada malam 16 November 2011 telah berlaku satu kejadian di Seksyen 2A Antara Gapi yang tidak sepatutnya berlaku di atas dasar pemikiran dewasa kita yang waras. Tidak perlulah dinyatakan apakah yang berlaku dan di mana kerana pihak pentadbir blog PERSAGA yakin ramai di antara penduduk Seksyen 2A Antara Gapi ini yang telah mendapat berita tersebut.

Penulis berasa amat kesal kerana kemuncak dendam kesumat pihak yang telah kalah dalam pemilihan jawatankuasa lalu telah menggunakan kekerasan fizikal terhadap seseorang yang DIKATEGORIKAN OKU! Tidak ada maruah dirikah pihak tersebut kerana menggunakan kekasaran terhadap orang-orang yang tidak berkemampuan dan kurang upaya fizikalnya. Tiada langsungkah ruang untuk kita sesama Islam mengadakan rundingan damai atau lebih bersikap "KEDEWASAAN" dalam menyelesaikan konflik di antara kita? Perlukan kita sentiasa bertindak mengikut emosi dan akal yang tidak waras dalam menyelesaikan pertelingkahan sesama kita? Hanya pihak tertentu sahaja yang mempunyai jawapannya.

Seksyen 2A Antara Gapi ini tidaklah sebesar mana pun, tetapi kenapa penduduknya bercakaran sesama sendiri. Benarlah seperti kata hikmat Datuk Laksamana Hang Tuah, "Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia" yang mana tafsiran sebenarnya adalah "TAK KAN HILANG SIFAT HASAT DENGKI KHIANAT SESAMA MELAYU HILANG DI DUNIA". Beginikah yang kita mahu berlaku kepada negara kita? Baharu sahaja merebut kuasa di satu kawasan yang kecil tetapi sudah hampir berbunuh-bunuhan, tidak malukah tuan-tuan sekelian kepada bangsa asing (tiada maksud prejudis atau rasis) yang melihat bangsa Melayu bertikan sesama sendiri.

Saya suka memetik satu senario yang sering di perkatakan oleh rakan sepejabat saya "...orang Melayu ini jika dimasukkan ke dalam sebuah kotak mereka akan berbunuhan sesama sendiri sehinggalah tinggalah seorang yang terselamat kerana semuanya telah mati dibunuh dan akhirnya yang tinggal tersebut mati jua disebabkan tiada sesiapa yang dapat membantunya keluar daripada kotak tersebut..."

Moral daripada sketsa di atas adalah apalah salahnya jika orang-orang Melayu yang berada di dalam kotak tersebut bekerjasama membentuk tiang atau tangga dan membenarkan salah seorang naik ke atap kotak yang terbuka luas satu persatu sehingga semuanya selamat keluar daripada berbunuhan dan akhirnya tiada orang yang boleh dijadikan tangga. Begitulah indah dan hebatnya bangsa Melayu ini.

Penulis tidak bermaksud untuk mengeruhkan lagi keadaan yang semakin keruh dan tiada tanda surut ini tetapi sekadar untuk mengingatkan kedua-dua pihak bahawa "MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU" dan janganlah diteruskan sengketa yang hanyak merugikan bangsa Melayu yang beragama ISLAM itu sendiri. TAK MALUKAH TUAN-TUAN TERHADAP ANAK-ANAK KITA SENDIRI?? Sebelum mengakhiri entri pada kali ini, penulis ingin merakamkan dua rangkap pantun:

Antara Gapi panoramanya indah,
Menambat hati pengunjung yang budiman,
Kenapa kita bertuhankan amarah,
Sedangkan itu amalan syaitan.

Seksyen 2A indah dan permai,
Menghijau lalu terbentang sudah,
Mengapa kita tidak berdamai,
Sebelum kita bermandi darah.


Inikah yang diinginkan sangat oleh penduduk Seksyen 2A sebagai jalan penyelesaian??


Pentadbiran Blog
17 November 2011

5 comments:

  1. persaga terlalu baik. Dari tahun lepas sejak kita menang, sampai sekarang bekas ahli persatuan dan srs2a duk menfitnah dan mengutuk kita. 16hb tu adalah kemuncaknya dimana md zai.. Dan hal.. Telah menyerang warga tua dan oku. Apahal haa! Korang dah takde modal lg ke nak menfitnah atau kutuk persaga. Itu pasal korang tak boleh jadi ahli atau memimpin, otak mcm budak sekolah rendah. Cakap banyak merapu dari fakta. Maaf cakap la ye korang la yang membuatkan melayu bergaduh sesama melayu. Duri dalam daging. Kalau duri ni elok kita cabut dan buang jauh jauh atau campak ke lombong.

    ReplyDelete
  2. apa bendanya, edar surat 1.30 pagi. orang BODOH saje yang buat keje tu. Dah lah edar surat waktu pagi mata meliar tengok orang lain. orang yang bersalah je edar surat waktu pagi buta. Apa lah punya kelas pengerusi edar surat. setiusaha dan penolong setiausaha buat apa. membuta. Satu lagi kami memang tak suka golongan yang PENUMPANG buat kecoh kat 2a ni. Dulu aman dan tenteram sebelum adanya sinyanyuk tu. Dah lah timbalan pengerusi tak amanah. Dibuang PKNS tunjuk alim...belah. Satu lagi fitnah oleh OKU dan isteri yang telah beredar di 2a - mengatakan orang surau dan penduduk rumah teres 2a ni pilih bulu untuk turun hadir kenduri sedangkan surat jemputan tidak diedar kepada semua, mengape ? OKU mengedarkan jemputan kepada orang terpilih je, TAKUT KE?. Minta JKP Sedarlah sikit!. dah lah pengerusi memahari orang marhaban datang lewat ke rumah beliau. Kesian kawan tu, group mereka uruskan jenazah itu FARDHU . Bodoh punya pengerusi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah tu,pengurusi pun turun buat kerja,daripada korg hantar balaci buat fitnah kat 2A.sedorlah diri ko tu diperalatkan.Mungkin ko ni takde Mak Bapak @ Mak Bapak ko tak ajar korg.Kalau mak bapak ko dtg rumah ko mungkin ko akan sambung dgn pertanyaanni kot"Eh Mak,bapak kenapa tak bagitau nak dtg menumpang kat rumah saya ni,nanti saya boleh suruh bini saya yg menumpang rumah saya ni dtg ambil semua penumpang yg menumpan! Boleh!Korg kalau org jemput kor pun bukanya korg dtg mengutuk lg adalah,jemput pun salah tak jemput pun salah macam bagus....tp sebenarnya 'HANCUS'&'MAMPUS'

      Delete
    2. agak "bebal" jgak sipenaip comment kt atas tu. nk buat camne.. mnyalak srupa anjing ni mmg prangai die dr dulu, kini & selamanya.. hahaha. :p

      Delete
  3. Lg satu hantar surat pukul 1.30a.m tu waktu persaga berkawal(Waktu korg tgh membadak kat rumah)memang mata liar tgok org yg mencurigakan.Supaya korg plak mata bleh lelap kat rumah korg.jemputan kenduri sebenarnnya terpulang pada yg menjemput,kalau org tak jemput takkan kita terhegeh-hegeh nak dtg.kalau muka tak malu mcm ko yelah!Tp pagi ahad ni jgn lupa dtg kat dataran persaga ye?jgn tak dtg plak!dtg jgn tak dtg X3!

    ReplyDelete


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat