Thursday 28 July 2011

Majlis Penutupan Kursus Sembelihan dan Masakan Halal






24 Jul 2011 - Pada tarikh ini, PERSAGA sekali lagi telah menempa sejarah lagi dengan mengelolakan satu kursus yang diberinama Kursus Sembelihan dan Masakan Halal. Kursus ini sebenarnya usahasama di antara Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Hulu Selangor dengan PERSAGA yang telah dijalankan selama dua hari iaitu 23 hingga 24 Julai 2011.




Kursus yang telah berlangsung selama dua hari itu rata-ratanya dihadiri oleh ahli-ahli PERSAGA dan penduduk setempat.

Majlis penutupannya telah diadakan pada 24 Julai 2011 bermulanya jam 8.00 malam di tapak yang sama Program Gotong-royong Perdana. Orang-ramai daripada seluruh pelusuk Seksyen 2A turut bersama-sama dalam meraikan majlis tersebut.



Istimewanya majlis ini adalah lauk-pauk ayam dan kambing yang dihidangkan telah disembelih oleh peserta-peserta kursus yang boleh dikatakan pertama kali mempunyai pengalaman sebegitu rupa. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus tersebut dengan penuh gemilang.


Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Rosilah binti Osman, Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Hulu Selangor. Kehadiran beliau bagi mewakili Pengarah Kolej yang tidak dapat hadir atas sebab yang memang tidak boleh dielakkan. Di dalam ucapan beliau, Pn. Rosilah mengucapkan tahniah dan terima kasih  kepada PERSAGA dan para peserta kerana telah mengelolakan program ini dengan jayanya. Pn. Rosilah juga menambah bahawa pihak Kolej amat mengalu-alukan kepada penduduk Seksyen 2A khususnya untuk mengikuti pelbagai kursus jangka pendek yang ditawarkan.


Sijil-sijil penyertaan telah disampaikan oleh Pn. Rosilah Osman dan En. Mohyiddin Mohamad bertindak sebagai wakil daripada para peserta. Turut sama mengiringi Pn. Rosilah adalah Pengerusi PERSAGA, Tn. Hj. Din bin Che Lah. Pujian harus diberi kepada En. Ismail bin Sumadi dan kru nya yang telah bertungkus-lumus menyediakan juadah yang enak dan sedap sehingga menjilat jari. Pujian juga diberikan kepada semua warga PERSAGA yang telah membanting tulang dalam memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.



Akhir kata, sekalung penghargaan diberikan kepada Kolej Komuniti Hulu Selangor yang telah menyediakan fasiliti dan peruntukan kewangan bagi menjalankan kursus tersebut. Tanpa sokongan kewangan dari pihak kolej tidak akan terlaksanalah program tersebut. Terima kasih sekali lagi - Zaril Faizal.

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat