Friday 30 December 2011

Tahun 2012 Yang Bakal Menjelma


Semoga dengan kehadiran tahun baharu 2012 bakal menguatkan azam serta semangat warga PERSAGA dalam menegakkan kemuliaan Allah dan syiar-Nya di muka bumi Seksyen 2A ini. Harapan juga disemai agar penduduk-penduduk di Seksyen 2A ini semakin mengukuhkan perpaduan dan menyisihkan persengketaan.

Tuesday 13 December 2011

Si Nyanyok Din

Tuan/Puan sinyanyok din
Kalau lah tulisan tuan / puan sinyanyok din di tujukan pada saya (ikut ejaan bukan saya) tetapi tak apa lah. untuk   makluman tuan / puan sinyanyok din selama saya tinggal di Antara Gapi saya tak pernah expose diri saya pada penduduk dan di ruangan ini pun saya tak gemar nak memperkenalkan diri saya kerana saya berfikiran tak sesuai untuk saya berbuat demikian, Komen dari Tuan / puan sinyanyok din tidak pun memberi kesan apa apa pada saya walaupun sedetik malah saya berangapan Tuan / puan sinyanyok din ada lah Wali Allah di bumi ini yang igin tahu oleh itu saya secara personally menjemput Tuan /puan sinyanyok din kerumah saya (kalau dah berkeluarga bawa sekali keluarga) untuk memberi penjelasan dan berkenalan dengan saya dan keluarga saya sambil minum kopi Bali

Sistem Kawalan Keselamatan Berbayar






Pada 12 Disember 2011 lepas, pihak PERSAGA telah mengadakan satu perjumpaan tergempar bersama penduduk Jalan Gapi 2A, Seksyen 2 bagi membincangkan isu-isu keselamatan setempat. Ini berikutan daripada kejadian jenayah pecah masuk rumah yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan yang terbaru adalah pada 8 Disember 2011 di mana salah sebuah rumah penduduk sini telah pun dipecah masuk. Anggaran kerugian yang ditanggung adalah sebanyak RM21,000 dan perkara ini tidak lagi boleh ditolak ansur atau dipandang remeh.


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Din bin Che Lah itu membincangkan kaedah bagaimana untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa di Jalan Gapi 2A, Seksyen 2 ini. Turut hadir di dalam mesyuarat tergempar tersebut ialah En. Ab. Rahim Ab. Aziz (Naib Pengerusi PERSAGA), En. Zaril Faizal Zaral Gaffar (Penolong Setiausaha), En. Abd. Rauf bin Abu (Bendahari), En. Mohd. Yunus bin Mohd. Isa (Ketua Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik).

Konvoi Ke Tanjung Karang






Satu pengalaman yang sangat menarik boleh saya katakan mengikuti rombongan pernihakan anak lelaki kepada Pengerusi PERSAGA iaitu En. Din bin Che Lah di Tanjung Karang, Selangor pada 10 Disember lepas. Kemeriahannya telah bermula sejak berkumpulnya rombongan di Restoran D'Gapi Corner sehinggalah majlis disempurnakan dengan upacara akad nikah.

Rombongan tersebut disertai oleh En. Zainal Muningin sekeluarga, En. Mohd. Nasuha Biran dan isteri, En. Mazlan Samah, En. Ab. Rahim Ab. Aziz dan isteri, En. Mohyiddin Mohamad dan keluarga, Pn. Saadiah Uyub, En. Zaril Faizal Zaral Gaffar dan keluarga daripada pihak PERSAGA selain daripada En. Din Che Lah sekeluarga. Tuan rumah dengan murah hatinya telah menjamu ahli-ahli rombongan dengan sarapan pagi di Restoran D'Gapi Corner sementara menunggu kesemua yang mengikuti konvoi ini tiba.

Dari kiri: En. Zainal, En. Mazlan dan En. Din.

Thursday 8 December 2011

Daftar Pertubuhan Secara On-line Mulai Januari 2012



Bermula Januari depan, pendaftaran pertubuhan boleh dibuat secara online, kelulusan permohonan diketahui dalam masa seminggu berbanding 60 hari ketika ini dan borang laporan tahunan pertubuhan boleh dimuat turun daripada laman web Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ini adalah antara beberapa perubahan yang diperkenalkan JPPM melalui program transformasi jabatan itu bagi meningkatkan kualiti penyampaiannya. Mengumumkannya di sini, semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata projek perintis tatacara baru ini akan dilaksanakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan, sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat