Thursday 8 December 2011

Daftar Pertubuhan Secara On-line Mulai Januari 2012



Bermula Januari depan, pendaftaran pertubuhan boleh dibuat secara online, kelulusan permohonan diketahui dalam masa seminggu berbanding 60 hari ketika ini dan borang laporan tahunan pertubuhan boleh dimuat turun daripada laman web Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ini adalah antara beberapa perubahan yang diperkenalkan JPPM melalui program transformasi jabatan itu bagi meningkatkan kualiti penyampaiannya. Mengumumkannya di sini, semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata projek perintis tatacara baru ini akan dilaksanakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan, sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Katanya, pembaharuan diperkenalkan membolehkan 109,000 pertubuhan yang sudah berdaftar dengan JPPM memuat turun borang laporan tahunan daripada laman web www.ros.gov.my dilengkapi format lebih mudah, ringkas dan padat.

"Sebelum ini semua pertubuhan yang mahu menghantar laporan tahunan perlu menyediakan sendiri, masalah sering dihadapi laporan terlalu panjang dan tidak menepati kehendak dan format ditetapkan JPPM seperti draf ucapan pengerusi panjang sehingga lapan muka surat selain tidak menyatakan laporan kewangan lengkap," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Perintis Pelaporan Maklumat Tahunan Pertubuhan di Auditorium Persatuan Sukan Chin Woo di sini, semalam.


Artikel ini dipetik dari akhbar Berita Harian yang bertarikh 7 Disember 2011.

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat