Sunday 19 June 2011

Mesyuarat Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik








Pada 18 Jun 2011 jam 9.30 malam telah diadakan satu mesyuarat Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik bertempat di No. 5 Jalan Gapi 2A/11. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Mohd. Yunus bin Isa merangkap sebagai Ketua Biro.

Di dalam mesyuarat itu, pengerusi, En. Mohd. Yunus telah menegaskan bahawa bidang tugas biro ini tidak melangkaui bidang tugas Skim Rondaan Sukarela (SRS). Bidang kuasa bagi sistem rondaan yang dikemukakan oleh biro ini adalah melibatkan pemantauan dan pencegahan sahaja. Beliau juga menegaskan kepada ahli-ahli mesyuarat bahawasanya pihaknya akan bekerjasama penuh dengan pihak SRS dalam membanteras kegiatan jenayah di kawasan Seksyen 2A Antara Gapi ini.

Tambah beliau lagi, hubungan Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik yang mewakili PERSAGA dengan pihak SRS tidak seharusnya terputus dan sesuatu yang amat mulia jika dua badan ini dapat bersama-sama menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan ini. Adalah menjadi satu amalan yang kurang sihat jika kedua-dua pihak terus bertelagah tanpa memikirkan soal perpaduan.

Disamping itu, ahli-ahli di bawah biro ini digalakkan untuk menggalakkan penduduk di kawasan Seksyen 2A ini untuk sama-sama menawarkan diri secara sukarela dalam melaksanakan sistem rondaan yang dikelolakan oleh Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik. Jika penglibatan dan sambutan daripada penduduk setempat sangat menggalakkan maka PERSAGA akan bertambah kukuh kedudukannya di masa akan datang.

Jika perpaduan di kalangan masyarakat Seksyen 2A tidak dapat dipelihara maka ianya akan merugikan diri kita sendiri. Sebelum mesyuarat ditangguhkan, En. Mohd. Yunus sekali lagi mengingatkan kepada ahli-ahli, tugas yang akan dilaksanakan adalah secara sukarela dan jika terdapat sebarang permasalahan untuk tidak dapat bertugas haruslah dimaklumkan kepada beliau.

Disediakan oleh:
Zaril Faizal bin Zaral Gaffar
Penolong Setiausaha PERSAGA
19 Jun 2011

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat