Wednesday 23 November 2011

Ziarah "Orang Baru" di Seksyen 2A






2 Oktober 2011 - Pada tarikh tersebut satu program telah dijalankan oleh pihak PERSAGA di bawah Biro Helwani yang baharu ditubuhkan. Program tersebut merupakan satu aktiviti kemasyarakatan yang julung kalinya dilaksanakan oleh PERSAGA terhadap penduduk Seksyen 2A Antara Gapi.  Program murni seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Program yang diberi nama "ziarah orang baru di Seksyen 2A" ini bertujuan untuk meraikan penduduk yang baharu memperolehi cahaya mata atau "orang baru" yang pastinya akan membentuk generasi Antara Gapi di masa hadapan. Di samping itu juga program ini menjadi satu landasan untuk pihak PERSAGA menghargai dan mendekati masyarakat setempat.

Ahli-ahli Biro Helwani memulakan program tersebut dengan berkumpul di rumah Pengerusi PERSAGA, Tn. Hj. Din bin Che Lah sekaligus meraikan kehadiran "orang baru" yang juga merupakan cucu kepada beliau. Ahli-ahli yang hadir adalah Pn. Norizan (Ketua Biro), Pn. Saadiah, Pn. Azmah, Pn. Nor Izah, Pn. Noriza, Pn. Nurleza dan Pn. Khadijah. Pihak PERSAGA amat terharu dengan kehadiran En. Azli yang turut serta dalam menjayakan program tersebut.

Rombongan lawatan bermula di rumah Pengerusi PERSAGA.

En. Azli turut menyumbangkan tenaga bagi memastikan kelancaran perjalanan program.

Cucu kepada Pengerusi PERSAGA.

Seterusnya, Biro Helwani menziarahi kediaman En. Hanif bagi meraikan cahaya mata beliau. Pn. Norizan selaku Ketua Biro Helwani amat berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada isteri En. Hanif bagi pihak PERSAGA.

Ahli-ahli Biro Helwani bersama isteri kepada En. Hanif.

Cahayamata kepada En. Hanif.

Kunjungan berikutnya adalah di kediaman En. Syaiful Nizam, salah seorang daripada AJK PERSAGA. Rombongan kami ini telah disambut dengan penuh kemesraan oleh En. Syaiful sendiri dan sekali lagi PERSAGA diwakili oleh Pn. Norizan menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan.

En. Syaiful Nizam menerima sumbangan daripada PERSAGA yang disampaikan oleh Ketua Biro Helwani, Puan Norizan.

Cahaya mata kepada En. Syaiful Nizam.

Lawatan terakhir untuk sesi yang pertama ini diakhiri dengan berkunjung ke rumah En. Hanan Fauzi yang juga baharu dikurniakan dengan cahaya mata. Sumbangan yang berupa barangan untuk bayi telah disampaikan oleh Pn. Norizan bagi pihak PERSAGA.

Sumbangan daripada PERSAGA kepada isteri En. Hanan Fauzi.

Cahaya mata En. Hanan Fauzi.

Alhamdulillah, program tersebut telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pihak PERSAGA merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tuan-tuan rumah yang telah sudi menerima kunjungan daripada pihak PERSAGA. Semoga dengan aktiviti ini kita dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama kita di Seksyen 2A khususnya dan Antara Gapi amnya.

Selain daripada itu, pihak PERSAGA amat berharap agar dengan aktiviti yang dilaksanakan ini, segala prasangka buruk dan perasaan hasad dengki sesama kita akan dapat dihapuskan sama sekali. Sesungguhnya tiada yang baik dan menguntungkan jika kita bertelagah sesama sendiri.

*Pihak PERSAGA memohon ampun dan maaf di atas keterlewatan menyiarkan program yang telah dijalankan pada 2 Oktober lalu.

Pentadbiran Blog PERSAGA
23 Nov 2011

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat