Friday 1 July 2011

Gotong-Royong Perdana









Untuk makluman semua warga Seksyen 2A Antara Gapi, Serendah, satu program kemasyarakatan anjuran Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi (PERSAGA) akan diadakan mengikut butiran berikut:

Tarikh  :  16 Julai 2011
Masa : 7.00 pg - 1.00 tgh
Tempat : Jalan Gapi 2A, Seksyen 2A Antara Gapi


Program tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Mohd. Isa bin Abu Kasim (ADUN Batang Kali) dan bakal dihadiri oleh orang-orang kenamaan daripada jabatan-jabatan kerajaan dan masyarakat setempat.

Pada hari tersebut pelbagai aktiviti membersihkan kawasan persekitaran Seksyen 2A akan dibuat dengan kerjasama daripada pihak PKNS, polis, bomba dan MDHS. Tujuan utama program yang akan dilaksanakan ini adalah untuk memupuk permuafakatan yang tinggi di kalangan penduduk Seksyen 2A Antara Gapi ini. Di samping itu juga, ianya juga berupaya menyatupadukan masyarakat di sini yang berbilang kaum.

Walaupun penduduk yang berbangsa Melayu adalah majoriti di kawasan ini, kebajikan dan keselamatan warga minoriti lain seperti Cina dan India tidak pernah diabaikan samasekali. Golongan ini dilihat dapat meneruskan kehidupan di Seksyen 2A Antara Gapi ini dengan aman dan damai tanpa ada prasangka yang tidak baik terhadap masyarakat Melayu. Perpaduan dan keharmonian yang sebegini rupalah yang sepatutnya diamal dan dikekalkan untuk selama-lamanya.

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! 

Zaril Faizal Zaral Gaffar
Penolong Setiausaha PERSAGA

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat