Tuesday 13 December 2011

Konvoi Ke Tanjung Karang






Satu pengalaman yang sangat menarik boleh saya katakan mengikuti rombongan pernihakan anak lelaki kepada Pengerusi PERSAGA iaitu En. Din bin Che Lah di Tanjung Karang, Selangor pada 10 Disember lepas. Kemeriahannya telah bermula sejak berkumpulnya rombongan di Restoran D'Gapi Corner sehinggalah majlis disempurnakan dengan upacara akad nikah.

Rombongan tersebut disertai oleh En. Zainal Muningin sekeluarga, En. Mohd. Nasuha Biran dan isteri, En. Mazlan Samah, En. Ab. Rahim Ab. Aziz dan isteri, En. Mohyiddin Mohamad dan keluarga, Pn. Saadiah Uyub, En. Zaril Faizal Zaral Gaffar dan keluarga daripada pihak PERSAGA selain daripada En. Din Che Lah sekeluarga. Tuan rumah dengan murah hatinya telah menjamu ahli-ahli rombongan dengan sarapan pagi di Restoran D'Gapi Corner sementara menunggu kesemua yang mengikuti konvoi ini tiba.

Dari kiri: En. Zainal, En. Mazlan dan En. Din.


Kaum ibu yang turut serta dalam konvoi tersebut.

Mempelai lelaki, Mohd. Faizal bin Din duduk 

Seperti biasa sebelum sesuatu perjalanan dibuat, En. Mazlan Samah telah memberi sedikit taklimat mengenai perjalanan yang akan dibuat. Penulis, En. Mohd. Nasuha, En. Ab. Rahim dan En. Mohyiddin akan menggunakan lebuhraya LATAR manakala En. Din dan En. Zainal akan membuat perjalanan melalui Bukit Tagar.

En. Mazlan memberikan sedikit taklimat mengenai perjalanan yang akan dibuat.


Bagi memberkati perjalanan yang mulia ini, En. Zainal dengan berbesar hati membacakan doa agar semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju.


Sebelum tiba di rumah pengantin perempuan, konvoi dari PERSAGA telah berkumpul di Stesen Minyak Petronas di Tanjung Karang bagi menunggu konvoi daripada pihak pengantin lelaki.

Rombongan daripada pihak lelaki berkumpul di stesen minyak Petronas Tanjung Karang.

Setelah 13 buah kereta jumlahnya yang berkumpul di stesen minyak tersebut, baharulah rombongan ini bergerak menuju ke tempat yang hendak ditujui. Seperkara yang menggamit kenangan saya ialah pemandangan sawah padi yang menghijau terbentang luasa di kiri dan kanan jalan kecil menuju ke rumah pengantin perempuan. Alangkah indahnya panorama di sawah bendang, sangat mendamaikan tatkala melihatnya.

Konvoi sejurus sahaja tiba dirumah pengantin perempuan.

Konvoi pihak lelaki tiba di rumah pengantin perempuan sejurus sahaja jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Satu pengurusan masa yang sangat mantap kerana upacara akad nikah dijadualkan pada jam 10.30 pagi.

Pn. Saadiah Uyub yang senantiasa memberikan sokongan di mana sahaja beliau berada.

Sawah bendang yang luas terbentang.

Dari kiri: En. Ab. Rahim, En. Mazlan, En. Mohd. Nasuha, En. Zainal, En. Mohyiddin bersama cucunya.

"Speaker" di atas bendang, satu daya kreativiti penduduk di sini.

Apabila kami memasuki perkarangan rumah pengantin perempuan, wakil daripada keluarganya telah memaklumkan bahawa Tuan Imam masih belum tiba dan untuk tidak membiarkan tetamu daripada menunggu tuan rumah telah mempelawa untuk menjamu selera yang telah disediakan. Kami amat terharu dengan layanan yang diberikan tetapi upacara akad nikah itu lebih penting, jadi kesemuanya telah sebulat suara untuk makan apbila selesai ijab dan kabul nanti.

Rombongan sedang menunggu Tuan Imam.

Hantaran daripada pihak lelai dan perempuan.

Tetamu yang hadir sejak daripada pagi.

Saat-saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba dengan kehadiran imam yang mengepelai upacara akad nikah setelah hampir 30 minit menunggu.

Ketibaan Tuan Imam.



Dalam kesibukan majlis berlangsung, saya sempat mendengar dan mengamati khutbah nikah yang disampaikan oleh Tuan Imam tersebut yang sangat padat dan ringkas. Dalam nada bersahaja Tuan Imam telah menekankan rukun hidup berumah tangga ini bukannya terletak di atas kepentingan hawa nafsu sahaja tetapi mestilah berlandaskan perkara-perkara yang sewajibnya menjadi tanggungjawab suami dan isteri. Begitulah seperti yang sering diperingatkan oleh tuan-tuan kadhi tetapi apabila sudah dua tiga tahun berumahtangga segala peringatan mulai luput dan akhirnya hilang dibawa arus zaman.

Inilah dia Mohd. Faizal bin Din.

Ini pula bakal isterinya, Cik Norafizah binti Busra.

Tibalah saat-saat genting yang menjadi tunjang kepada majlis pada hari ini. Semua mata dan telinga yang hadir tertumpu kepada Saudara Mohd. Faizal bin Din dan bapa kepada Norafizah binti Busra bagi menyempurnakan akad nikah. Segalanya bermula...

SEBELUM....

SEDANG...

ALHAMDULILLAH SEGALANYA TELAHPUN SELESAI....AMIN!

Alhamdulillah dengan sekali lafaz Saudara Mohd. Faizal bin Din telahpun sah menjadi pasangan hidup kepada Norafizah binti Busra. Bermulalah satu episod lain di dalam perjalanan hidup seorang yang bergelar insan.

Mohd. Faizal sedang membaca ta'liq.

Majlis terus dimeriahkan dengan jamuan makan oleh pihak tuan rumah dan hadirin yang ada  tanpa membuang masa terus sahaja menjamu selera dengan lazatnya.

Tetamu menjamu selera setelah majlis selesai dilaksanakan.

Terima kasih "Pak Din".

Konvoi daripada PERSAGA berangkat pulang pada jam 12.45 petang dan sekalung penghargaan buat En. Din Che Lah dan bisannya En. Busra kerana telah sudi mengundang kami untuk memeriahkan majlis pernikahan anak lelaki dan perempuan masing-masing. Pihak PERSAGA mendoakan agar kedua-dua mempelai senantiasa dirahmati Allah dan dipanjangkan jodohny sehingga akhir hayat, Aminnn!

Nukilan Zaril Faizal bin Zaral Gaffar
13 Disember 2011

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat