Monday 16 January 2012

Tanda-tanda Kejayaan Orang Melayu Berdasarkan Kepada Orang Melayu







Tahukah anda bahawa kejayaan seseorang Melayu atau sesebuah organisasi yang berasaskan keMelayuan sebenarnya amat mudah untuk diukur. Percaya atau tidak kayu aras pengukurnya tidak langsung memerlukan sebarang kos, hanya dengan pemerhatian dan melihat respon masyarakat sekeliling yang berbangsa Melayu. Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan atau sesebuah organisasi itu telah mencapai atau sedang menuju kejayaan berdasarkan kepada EMPAT petunjuk berikut:


  1. Setiap aktiviti atau perkara baik yang dibuat atau dilakukan akan mendapat tentangan yang sangat hebat daripada bangsa Melayu sendiri.
  2. Orang perseorangan atau sesuatu pertubuhan yang berteraskan Melayu akan senantiasa dikecam hebat walaupun pihak yang berbangsa Melayu yang mengecam tidak langsung mempunyai satu bukti yang kukuh untuk pendakwaan di mahkamah.
  3. Apa sahaja yang dilakukan tidak akan diterima langsung oleh bangsa Melayu lain dengan alasan setiap perlakuan baik dan mulia itu sebenarnya adalah berasal daripada bangsa Melayu yang mengecam itu.
  4. Menurut bangsa Melayu yang tidak berpuas hati ini, apa yang dilakukan semuanya melanggar hukum syarak, hukum dunia, peraturan dan undang-undang Malaysia dan hanya mereka sahaja yang benar dan dijamin Syurga di akhirat kelak.
InsyaAllah, kepada tuan-tuan dan puan-puan, gunakanlah petunjuk di atas untuk mengukur kejayaan anda samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Perlu diingatkan bahawasanya petunjuk di atas hanya sah apabila ianya melibatkan dua pihak bertelagah yang berbangsa MELAYU sahaja!

Gambar Hiasan.

Benarlah seperti kata-kata agung Laksamana Hang Tuah, "Takkan Melayu Hilang Dunia" di mana tafsiran sebenarnya adalah "Takkan Sifat Hasad dan Dengki Melayu Hilang Di Dunia"Fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat