Tuesday 10 January 2012

Dataran PERSAGA






Tahun baharu 2012 terus menjadi landasan yang gemilang bagi PERSAGA yang semakin melebarkan sayapnya. Pada 8 Ogos 2012 yang lepas, pihak PERSAGA telah mengadakan satu gotong-royong membersih dan menambak kawasan kabin baharu yang akan menjadi pusat aktiviti komuniti setempat Jalan 2A. Kabin yang baharu dibeli dengan harga RM3450 pada awal Disember 2011 yang lalu adalah hasil sumbangan sebanyak RM2000 oleh YB Datuk Mohd. Isa bin Abu Kassim dan sebahagiannya lagi disumbangkan oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim melalui En. Nor Azli yang juga salah seorang daripada ahli PERSAGA yang sangat aktif.

Kerja-kerja menambak dimulakan.

Aktiviti dimulakan dengan meratakan tanah oleh jengkaut ihsan daripada En. Nor Azli di sekeliling kawasan kabin terebut. Kemudiannya tanah di dataran kabin di tambak dengan batu-batu kerikil bagi mengelakkan tanah-tanih menjadi kotor disebabkan oleh air hujan.



Pengerusi dan En. Mazlan sedang memerhatikan kerja-kerja yang sedang dilakukan.

Dalam usia yang sudahpun lewat petang, Pengerusi masih lagi gagah menyumbangkan tenaga demi kesejahteraan penduduk setempat.

Ahli-ahli PERSAGA turut membantu dalam meratakan batu-batu kerikil di sekeliling kawasan kabin bagi mempercepatkan kerja-kerja tersebut. Semangat berpersatuan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PERSAGA tanpa mengira kerja patut dijadikan contoh dan teladan kepada penduduk-penduduk yang lain betapa peri pentingnya hidup bermasyarakat bak kata pepatah "bersatu kita teguh bercerai kita roboh" tetapi malangnya sehingga ke hari ini masih terdapat golongan-golongan yang sentiasa menyimpan perasaan hasad dan dengki.

Penutup-penutup longkang terpakai yang menjadi laluan ke kabin.

Laluan ke muka pintu kabin tersebut menggunakan penutup longkang yang sudah tidak lagi digunakan bagi menjimatkan kos di samping memelihara alam sekitar dengan menggunakan bahan-bahan terpakai.

Sebahagian ahli-ahli PERSAGA sedang beristirehat menghilang penat dan lelah.

Pihak PERSAGA juga telah bermurah hati menyediakan sedikit jamuan makan dan minum bagi ahli-ahli yang hadir sejak daripada jam 8.30 pagi lagi bagi menjayakan gotong-royong tersebut. Menurut Pengerusinya, En. Din Che Lah atau lebih dikenali dengan panggilan "Pak Din", beliau bercadang untuk menjadikan kabin tersebut selain daripada pejabat rasmi PERSAGA, sebagai pusat sebarang jenis aktiviti di Jalan 2A ini seperti mengambil dan menurunkan kanak-kanak yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah, sukan, majlis-majlis rasmi dan sebagainya. Tambahan beliau lagi, kesemua yang dirancang bakal terlaksana berdasarkan komitmen ahli-ahli PERSAGA yang baik dan kuat tanpa mengira penat dan jemu. Ditanya apakah nama yang sesuai diberikan kepada dataran yang baharu dibina ini, Pak Din terus sahaja mencadangkan nama "DATARAN PERSAGA".

Apa yang dijolokkan tu Madi??

Pandangan hadapan dataran kabin yang telahpun siap.

Akhirnya kerja-kerja membersih dan menambak kawasan dataran kabin tersebut selesai pada jam 12.00 tengahari. Ahli-ahli PERSAGA yang telah bertungkus-lumus bersama-sama menjayakan program tersebut sempat merakamkan gambarfoto bagi tujuan kenang-kenangan.
 
Ahli-ahli PERSAGA yang hadir pada gotong-royong tersebut, berdiri dari kiri: Hamzah, Azmi, Rauf, Mazlan, Mohyiddin, Junaidi, Zul, Jaafar, Mahazir, Azlin, Afdhan, Hafiz, Zalzalah, Khidir, Asmadi dan Ismail. Duduk dari kiri: Ab. Rahim, Pak Din (Pengerusi), Hjh. Norizan dan anak, Mohd. Yunus serta anak-anak Jalan 2A.

Sebelum bersurai, En. Nor Azli yang tidak dapat hadir pada majlis pagi ini dengan berbesar hati mewakilkan isteri beliau yang juga Ketua Biro Helwani menyerahkan cenderahati berbentuk sehelai baju T kepada Pak Din. Pengerusi kemudiannya menyampaikan cenderahati tersebut kepada setiap ahli-ahli PERSAGA yang hadir.

Senarai penerima-penerima cenderahati daripada En. Nor Azli.

Lidah Pengarang Blog PERSAGA.
10 Januari 2012.


No comments:

Post a Comment


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat