Wednesday 18 January 2012

Sistem Rondaan Keselamatan Persaga







Untuk makluman semua penduduk Seksyen 2A Antara Gapi, pihak Persaga telah pun menubuhkan dan melaksanakan satu sistem rondaan keselamatan berbayar di sebelah siang hari. Personel yang telah dilantik serta dibayar mengikut bulanan adalah En. Mohd. Yusdin bin Mohd. Yunus. Beliau telah memulakan tugasnya yang berkuatkuasa 13 Januari 2012 lalu.

Perlaksanaan sistem rondaan yang dikelolakan oleh pihak Persaga ini bermula daripada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang di mana pegawai tersebut akan membuat "routine-check" dari rumah ke rumah yang mempunyai tag "Biro Keselamatan". Rondaan tersebut akan dilakukan dalam sela masa satu jam.

Pekeliling mengenai perlaksanaan sistem ini akan diedarkan hanya kepada penduduk Seksyen 2A yang menyertai skim tersebut. Perlu ditegaskan di sini sebarang perlakuan jenayah yang berlaku pada rumah-rumah yang tiada tag "Biro Keselamatan" atau yang tidak menyertai skim ini adalah dibawah tanggungjawab tuan rumah itu sendiri.

Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik Persaga
18 Januari 2011

1 comment:

  1. Salam saya nak tanya,kalau bayarannya dibayar melalui On-line boleh tak?Lebih mudah membuat pembayar.Al-Maklumlah saya agak sibuk.Jarang dapat berjumpa dgn AJK sekalian Terima Kasih.

    ReplyDelete


Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat