Bermula Januari depan, pendaftaran pertubuhan boleh dibuat secara online, kelulusan permohonan diketahui dalam masa seminggu berbanding 60 hari ketika ini dan borang laporan tahunan pertubuhan boleh dimuat turun daripada laman web Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Ini adalah antara beberapa perubahan yang diperkenalkan JPPM melalui program transformasi jabatan itu bagi meningkatkan kualiti penyampaiannya. Mengumumkannya di sini, semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata projek perintis tatacara baru ini akan dilaksanakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan, sebelum diperluaskan ke seluruh negara.










