Untuk makluman semua penduduk Seksyen 2A Antara Gapi, pihak Persaga telah pun menubuhkan dan melaksanakan satu sistem rondaan keselamatan berbayar di sebelah siang hari. Personel yang telah dilantik serta dibayar mengikut bulanan adalah En. Mohd. Yusdin bin Mohd. Yunus. Beliau telah memulakan tugasnya yang berkuatkuasa 13 Januari 2012 lalu.
Showing posts with label aktiviti persaga. Show all posts
Showing posts with label aktiviti persaga. Show all posts
Wednesday, 18 January 2012
Friday, 13 January 2012
Sembelihan Korban Bersempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1432 H
Bersempena meraikan Hari Raya Aidil Adha 1432 H, pihak Persaga telah mengadakan satu program sembelihan bagi ibadah korban pada 7 November 2011 yang lalu. Majlis yang telah dilaksanakan itu bertempat di tanah lapang yang kini merupakan Dataran Persaga. Sejak jam 8.00 pagi lagi ahli-ahli Persaga dan beberapa orang penduduk Jalan 2A Antara Gapi mula membajiri Dataran Persaga bagi bersama-sama menunaikan ibadah korban tersebut.
Si "Jang" yang akan bertemu dengan pencipta-Nya sebentar lagi.
Tuesday, 10 January 2012
Dataran PERSAGA
Tahun baharu 2012 terus menjadi landasan yang gemilang bagi PERSAGA yang semakin melebarkan sayapnya. Pada 8 Ogos 2012 yang lepas, pihak PERSAGA telah mengadakan satu gotong-royong membersih dan menambak kawasan kabin baharu yang akan menjadi pusat aktiviti komuniti setempat Jalan 2A. Kabin yang baharu dibeli dengan harga RM3450 pada awal Disember 2011 yang lalu adalah hasil sumbangan sebanyak RM2000 oleh YB Datuk Mohd. Isa bin Abu Kassim dan sebahagiannya lagi disumbangkan oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim melalui En. Nor Azli yang juga salah seorang daripada ahli PERSAGA yang sangat aktif.
Kerja-kerja menambak dimulakan.
Aktiviti dimulakan dengan meratakan tanah oleh jengkaut ihsan daripada En. Nor Azli di sekeliling kawasan kabin terebut. Kemudiannya tanah di dataran kabin di tambak dengan batu-batu kerikil bagi mengelakkan tanah-tanih menjadi kotor disebabkan oleh air hujan.
Tuesday, 13 December 2011
Sistem Kawalan Keselamatan Berbayar
Pada 12 Disember 2011 lepas, pihak PERSAGA telah mengadakan satu perjumpaan tergempar bersama penduduk Jalan Gapi 2A, Seksyen 2 bagi membincangkan isu-isu keselamatan setempat. Ini berikutan daripada kejadian jenayah pecah masuk rumah yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan yang terbaru adalah pada 8 Disember 2011 di mana salah sebuah rumah penduduk sini telah pun dipecah masuk. Anggaran kerugian yang ditanggung adalah sebanyak RM21,000 dan perkara ini tidak lagi boleh ditolak ansur atau dipandang remeh.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Din bin Che Lah itu membincangkan kaedah bagaimana untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa di Jalan Gapi 2A, Seksyen 2 ini. Turut hadir di dalam mesyuarat tergempar tersebut ialah En. Ab. Rahim Ab. Aziz (Naib Pengerusi PERSAGA), En. Zaril Faizal Zaral Gaffar (Penolong Setiausaha), En. Abd. Rauf bin Abu (Bendahari), En. Mohd. Yunus bin Mohd. Isa (Ketua Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik).
Konvoi Ke Tanjung Karang
Satu pengalaman yang sangat menarik boleh saya katakan mengikuti rombongan pernihakan anak lelaki kepada Pengerusi PERSAGA iaitu En. Din bin Che Lah di Tanjung Karang, Selangor pada 10 Disember lepas. Kemeriahannya telah bermula sejak berkumpulnya rombongan di Restoran D'Gapi Corner sehinggalah majlis disempurnakan dengan upacara akad nikah.
Rombongan tersebut disertai oleh En. Zainal Muningin sekeluarga, En. Mohd. Nasuha Biran dan isteri, En. Mazlan Samah, En. Ab. Rahim Ab. Aziz dan isteri, En. Mohyiddin Mohamad dan keluarga, Pn. Saadiah Uyub, En. Zaril Faizal Zaral Gaffar dan keluarga daripada pihak PERSAGA selain daripada En. Din Che Lah sekeluarga. Tuan rumah dengan murah hatinya telah menjamu ahli-ahli rombongan dengan sarapan pagi di Restoran D'Gapi Corner sementara menunggu kesemua yang mengikuti konvoi ini tiba.
Dari kiri: En. Zainal, En. Mazlan dan En. Din.
Thursday, 24 November 2011
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011
24 September 2011 - Pada tarikh tersebut telah diadakan satu majlis iaitu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011 anjuran PERSAGA. Program yang telah dihadiri hampir 550 orang tetamu yang rata-ratanya dari kawasan Seksyen 2A ini boleh dikatakan satu penganjuran yang terbaik oleh PERSAGA dan paling mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Syabas dan tahniah kepada semua warga PERSAGA kerana telah menjayakan satu program yang mampu menyatukan penduduk-penduduk di kawasan Seksyen 2A tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
Wednesday, 23 November 2011
Jawatankuasa Bertindak Mewartakan Tapak Masjid Antara Gapi
Untuk makluman semua penduduk Antara Gapi seluruhnya, pada 20 November 2011 yang lalu jam 9.00 malam telah diadakan satu mesyuarat bagi menubuhkan dan melantik satu jawatankuasa bagi dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan pewartaan tapak tanah bagi pembinaan masjid di kawasan perumahan Antara Gapi ini. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Surau Al-Muttaqin yang terletak di Seksyen 1 Antara Gapi.
Ziarah "Orang Baru" di Seksyen 2A
2 Oktober 2011 - Pada tarikh tersebut satu program telah dijalankan oleh pihak PERSAGA di bawah Biro Helwani yang baharu ditubuhkan. Program tersebut merupakan satu aktiviti kemasyarakatan yang julung kalinya dilaksanakan oleh PERSAGA terhadap penduduk Seksyen 2A Antara Gapi. Program murni seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
Thursday, 10 November 2011
Takbir Malam Hari Raya Korban
Pada 5 November 2011 yang lalu bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1423 Hijrah, satu majlis takbir dari rumah ke rumah di kejiranan Seksyen 2A Antara Gapi telah pun berlangsung. Majlis tersebut adalah anjuran PERSAGA yang diketuai oleh Biro Hal-Ehwal Kerohanian dan Insaniah, En. Mazlan bin Samah bertujuan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan penduduk setempat.
Friday, 29 July 2011
Sumbangan Bersempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Surat daripada Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin, Seksyen 1 Antara Gapi adalah berkaitan. Bersempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma pada 1 Ogos 2011 (Dijangkakan), Surau Al-Muttaqin telah mengedarkan satu surat memohon sumbangan ikhlas untuk program yang akan dijalankan di sepanjang bulan tersebut.
Thursday, 28 July 2011
Majlis Penutupan Kursus Sembelihan dan Masakan Halal
24 Jul 2011 - Pada tarikh ini, PERSAGA sekali lagi telah menempa sejarah lagi dengan mengelolakan satu kursus yang diberinama Kursus Sembelihan dan Masakan Halal. Kursus ini sebenarnya usahasama di antara Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Hulu Selangor dengan PERSAGA yang telah dijalankan selama dua hari iaitu 23 hingga 24 Julai 2011.
Sunday, 17 July 2011
Gotong Royong Perdana Anjuran PERSAGA
Pada 16 Julai 2011 yang lepas, satu lembaran bersejarah telah tercipta bagi PERSAGA atau Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi di dalam usianya yang masih lagi hijau. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada PERSAGA yang telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana julung kali dengan jayanya.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Mohd. Isa bin Abu Kasim (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali). Turut hadir pada program itu adalah Ketua Cawangan UMNO Antara Gapi, En. Daud bin Ismail dan wakil daripada Persatuan Penduduk Antara Gapi.
Friday, 1 July 2011
Mesyuarat Jawatankuasa PERSAGA Bil 3/2011
PENGUMUMAN
Satu mesyuarat jawatankuasa akan diadakan mengikut butiran berikut:
Tarikh: 6 Julai 2011
Masa: 9 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Jualan Hartanah PKNS (Lama)
Jemputan Khas:
- Detektif Raja Lop b. Ahmad (Caw. Khas IPPD Hulu Selangor)
- En. Mohd. Azam bin Shaari (Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Selangor)
Sekian, terima kasih.
Din bin Che Lah
Pengerusi PERSAGA
Din bin Che Lah
Pengerusi PERSAGA
Gotong-Royong Perdana
Untuk makluman semua warga Seksyen 2A Antara Gapi, Serendah, satu program kemasyarakatan anjuran Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi (PERSAGA) akan diadakan mengikut butiran berikut:
Tarikh : 16 Julai 2011
Masa : 7.00 pg - 1.00 tgh
Tempat : Jalan Gapi 2A, Seksyen 2A Antara Gapi
Tuesday, 28 June 2011
Mesyuarat Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Helwani
Pada 23 Jun 2011 yang lalu, satu mesyuarat Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Helwani, PERSAGA telah diadakan di rumah En. Mohd. Ismail bin Sumadi. Mesyuarat yang telah berlangsung bermulanya jam 9.30 malam itu antara lain membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dikendalikan oleh Biro ini.
Sunday, 19 June 2011
Majlis Tahlil dan Marhaban
Pada 19 Jun 2011, satu majlis bacaan Surah Yaasin dan tahlil telah berlangsung di rumah En. Zuren bersempena rasa bersyukur beliau kerana dianugerahkan kesihatan yang semakin baik setelah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya tidak lama dahulu. Seiring dengan majlis itu juga telah dilangsungkan Marhaban bersempena menyambut cahaya mata yang tersayang.
Hadirin yang hadir ke majlis tersebut tidak kurang juga ramainya yang terdiri daripada saudara mara tuan rumah, sahabat handai dan jiran tetangga. Beginilah amalan yang telah diamalkan di kawasan perumahan Seksyen 2A sejak sekian lama. Diharapkan perkara yang sangat mulia ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
Mesyuarat Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik
Pada 18 Jun 2011 jam 9.30 malam telah diadakan satu mesyuarat Biro Keselamatan dan Kesedaran Sivik bertempat di No. 5 Jalan Gapi 2A/11. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Mohd. Yunus bin Isa merangkap sebagai Ketua Biro.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
PANORAMA ANTARA GAPI
Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.
KOLEKSI TERBITAN PERSAGA
Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.
Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.
Pos Yang Terhangat
-
Surat daripada Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin, Seksyen 1 Antara Gapi adalah berkaitan. Bersempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak yan...
-
Bermula Januari depan, pendaftaran pertubuhan boleh dibuat secara online, kelulusan permohonan diketahui dalam masa seminggu berbanding ...
-
Pada 16 Julai 2011 yang lepas, satu lembaran bersejarah telah tercipta bagi PERSAGA atau Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi di dalam ...
-
Bersempena meraikan Hari Raya Aidil Adha 1432 H, pihak Persaga telah mengadakan satu program sembelihan bagi ibadah korban pada 7 No...
-
Pada 12 Disember 2011 lepas, pihak PERSAGA telah mengadakan satu perjumpaan tergempar bersama penduduk Jalan Gapi 2A, Seksyen 2 bagi...















