Tahukah anda bahawa kejayaan seseorang Melayu atau sesebuah organisasi yang berasaskan keMelayuan sebenarnya amat mudah untuk diukur. Percaya atau tidak kayu aras pengukurnya tidak langsung memerlukan sebarang kos, hanya dengan pemerhatian dan melihat respon masyarakat sekeliling yang berbangsa Melayu. Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan atau sesebuah organisasi itu telah mencapai atau sedang menuju kejayaan berdasarkan kepada EMPAT petunjuk berikut:
- Setiap aktiviti atau perkara baik yang dibuat atau dilakukan akan mendapat tentangan yang sangat hebat daripada bangsa Melayu sendiri.
- Orang perseorangan atau sesuatu pertubuhan yang berteraskan Melayu akan senantiasa dikecam hebat walaupun pihak yang berbangsa Melayu yang mengecam tidak langsung mempunyai satu bukti yang kukuh untuk pendakwaan di mahkamah.
- Apa sahaja yang dilakukan tidak akan diterima langsung oleh bangsa Melayu lain dengan alasan setiap perlakuan baik dan mulia itu sebenarnya adalah berasal daripada bangsa Melayu yang mengecam itu.
- Menurut bangsa Melayu yang tidak berpuas hati ini, apa yang dilakukan semuanya melanggar hukum syarak, hukum dunia, peraturan dan undang-undang Malaysia dan hanya mereka sahaja yang benar dan dijamin Syurga di akhirat kelak.
InsyaAllah, kepada tuan-tuan dan puan-puan, gunakanlah petunjuk di atas untuk mengukur kejayaan anda samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Perlu diingatkan bahawasanya petunjuk di atas hanya sah apabila ianya melibatkan dua pihak bertelagah yang berbangsa MELAYU sahaja!
Gambar Hiasan.
Benarlah seperti kata-kata agung Laksamana Hang Tuah, "Takkan Melayu Hilang Dunia" di mana tafsiran sebenarnya adalah "Takkan Sifat Hasad dan Dengki Melayu Hilang Di Dunia". Fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment