Showing posts with label pentadbiran. Show all posts
Showing posts with label pentadbiran. Show all posts

Wednesday, 25 January 2012

Perasmian Ibu Pejabat Rasmi Persaga







Sukacita dimaklumkan, pihak Persaga akan mengadakan satu majlis perasmian Ibu Pejabat Rasmi Persaga mengikut butiran berikut:

Tarikh: 29 Januari 2012
Tempat: Dataran Persaga
Masa: 8.30 pagi


YB Mohd. Isa bin Abu Kasim telah berkenan untuk merasmikan majlis tersebut. Lanjutan daripada itu, beliau akan bersarapan bersama-sama dengan warga Persaga bagi memeriahkan lagi majlis. Semua warga Persaga dan penduduk Seksyen 2A dijemput hadir, datanglah beramai-ramai!

Thursday, 8 December 2011

Daftar Pertubuhan Secara On-line Mulai Januari 2012



Bermula Januari depan, pendaftaran pertubuhan boleh dibuat secara online, kelulusan permohonan diketahui dalam masa seminggu berbanding 60 hari ketika ini dan borang laporan tahunan pertubuhan boleh dimuat turun daripada laman web Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ini adalah antara beberapa perubahan yang diperkenalkan JPPM melalui program transformasi jabatan itu bagi meningkatkan kualiti penyampaiannya. Mengumumkannya di sini, semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata projek perintis tatacara baru ini akan dilaksanakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan, sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Friday, 4 November 2011

Wajah Baru Blog PERSAGA



Assalamualaikum w.b.h dan Salam 1 Malaysia kepada semua warga Antara Gapi, Serendah. Terlebih sahulu saya bagi pihak pentadbiran blog PERSAGA memohon ampun dan maaf di atas kesulitan yang timbul berikutan laman blog yang dimiliki oleh Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi ini telah terhenti operasinya pada 27 Ogos 2011 yang lalu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Search This Blog

PANORAMA ANTARA GAPI

Perumahan Antara Gapi, Serendah merupakan satu kawasan yang berkonsepkan panorama alam tropika, satu konsep 'hijau' yang diketengahkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam memelihara alam sekitar. Koleksi foto dibawah ini menggambarkan senario yang indah dan damai di Antara Gapi ini.

KOLEKSI TERBITAN PERSAGA

Untuk makluman para penonton dan warga Seksyen 2A khususnya, mulai pada 29 Julai 2011, semua episod-episod terbitan PERSAGA yang telah berlalu akan dimuatkan di dalam ruangan KOLEKSI TERBITAN PERSAGA ini.

Kepada sesiapa yang ingin mengulangtayang bolehlah memilih siaran yang hendak ditonton dengan meng'klik' pada klip video yang betul di bawah ini.

Pos Yang Terhangat