Assalamualaikum w.b.h dan Salam 1 Malaysia kepada semua warga Antara Gapi, Serendah. Terlebih sahulu saya bagi pihak pentadbiran blog PERSAGA memohon ampun dan maaf di atas kesulitan yang timbul berikutan laman blog yang dimiliki oleh Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi ini telah terhenti operasinya pada 27 Ogos 2011 yang lalu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Alhamdulillah, semua permasalahan yang timbul telah pun dapat diselesaikan dan kini anda semua boleh menikmati info-info yang terdapat di dalam blog ini mulai pada 4 November 2011. Untuk makluman anda juga, blog ini telah diberikan wajah baru bagi membuka satu lembaran baharu yang lebih dinamik di samping menyalurkan info-info yang membina dan berdaya saing.
Menjadi harapan kepada pengurusan PERSAGA untuk melihat laman blog ini terus menjadi nadi dan suara kepada masyarakat Seksyen 2A Antara Gapi Serendah dalam memelihara kepentingan penduduk setempat khususnya dan menyumbang kepada negara Malaysia yang tercinta amnya.
"BERSATU SEPADU PERDU"
Salam ceria daripada,
PENTADBIRAN BLOG PERSAGA
4 November 2011.
No comments:
Post a Comment