HADITH 1: BERBICARA DENGAN BAIK DENGAN WAJAH BERSERI
Dari Abi Dzar r.r., berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri (Shahih Muslim Hadith No.: 6637)
Perawi Hadith:
Abu Dzar r.a. adalah termasuk di kalangan para sahabat yang zuhud dan dari kalangan muhajirin, memeluk Islam sejak daripada awal dan kisah-kisah hidupnya banyak sekali. Beliau meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah di masa Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a.
Maksud Hadith Secara Umum
Hadith ini membimbing kita bahawa selayaknya bagi seorang muslim tidak meremehkan apa yang di dalam pandangan syar'i yang baik untuk dikerjakan. Dan seseorang itu hendaklah menemui teman-temannya atau jiran-jirannya dengan berseri, gembira dan senyuman sebab lahiriyah manusia merupakan tanda batinnya maka menemui saudara dengan seperti itu akan dapat memberikan rasa cinta dan gembira kepada mereka.
Faedah Yang Boleh Diambil daripada Hadith tersebut:
- Tidak boleh meremehkan kebaikan sekalipun untuk sesuatu yang ringan.
- Menggunakan kelembutan dan keceriaan ketika bersama teman atau jiran.
- Menganjurkan hal-hal yang dapat merapatkan dan menguatkan lagi ikatan persaudaraan Islam.
- Keceriaan di hadapan saudaramu merupakan suatu amalan kebaikan.
Dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash r.a. bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda: "Empat macam perkara, barangsiapa dalam dirinya terdapat semua perkara itu, maka ia adalah seorang munafik murni dan barangsiapa yang dalam dirinya terdapat salah satu daripada empat perkara tadi, maka ia telah memiliki satu macam sifat dari kemunafikan, sehingga ia meninggalkan sifat itu, yaitu: "apabila ia dipercayai ia mengkhianatinya, apabila berkata-kata ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan APABILA BERTENGKAR JAHAT KELAKUANNYA" (Muttafaq 'alaih).
Alhamdulillah kita telahpun disajikan dengan dua buah hadith yang boleh menjadi panduan kepada masyarakat Seksyen 2A Antara Gapi dalam meneruskan kehidupan seharian. Semoga dengan hadith yang dipaparkan pada kali ini akan dapat "menyejukkan" sifat-sifat syaitan laknatullah yang bersarang di dalam hati "golongan-golongan yang termasuk di dalam hadith no. 2 di atas" itu. Na'uzubillahiminzalik.
Pentadbiran Blog
18 November 2011
No comments:
Post a Comment